Pages

Followers

Saturday, April 21, 2012

Resepi Daging Goreng Lada Hitam

Muhamad Khair Hasan Resepi Daging Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan

500 gm daging lembu direbus dan dipotong nipis (air rebusan diketepikan)
5 urai kacang panjang dipotong serong
3 inci Lobak merah dipotong bulat
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 ulas bawang putih dikisar
2 cm halia dikisar
1 batang cili merah dipotong rampai
1 batang cili hijau dipotong rampai
5 sudu besar sos lada hitam (sos lada hitam yang dibuat untuk lamb chop)

 http://cooking-engineer.blogspot.com/2012/03/sos-lada-hitam-black-pepper-sauce.html#axzz1saeFWsl1
1 sudu teh cuka kurma
Garam
Gula
Minyak zaiton

Langkah-langkah

Panaskan minyak zaiton untuk menumis bawang putih dan halia.
Masukkan bawang besar hirisan cili merah dan hijau setelah tumisan berbau wangi.
Masukkan lobak merah, kacau sehingga agak lembut.
Curahkan sos lada hitam dan kacau.
Masukkan daging dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan kacang panjang dan biarkan seketika sambil dikacau lagi sehingga keseluruhan bahan terpalit dengan sos lada hitam.
Sedia untuk dimakan bersama nasi.
Jemputlah cuba..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...