Pages

Followers

Wednesday, April 4, 2012

RESEPI KEBAB

Muhamad Khair Hasan 
Kalau ingin mencuba ini resepi Kebab

Bahan-bahan

500 gm daging kisar (daging ayam atau daging lembu)






1 ulas bawang besar dipotong kiub



2 ulas bawang putih dipotong lumat



1 cm halia dipotong lumat



¼ bahagian capsicum dipotong kiub



1 biji tomato dipotong kiub



1 sudu teh rempah kari



1 sudu teh serbuk cili (boleh juga guna kepingan cili)



½ sudu teh serbuk kasar lada hitam



1 sudu besar sos tiram



1 sudu besar sos cili



1 sudu besar mayonnaise



Tomato dipotong bulat untuk hiasan



Salad untuk hiasan



Minyak zaiton

Langkah-langkah

1. Panas minyak zaiton dalam kuali. Masukkan bawang besar, bawang puteh 





dan halia, tumiskan sehingga naik bau. Masukkan serbuk cili, serbuk kari serta semua sos-sos dan terus mengacau.



2. Masukkan daging kisar kacau sehingga rata. Masukkan capsicum dan tomato.



3. Setelah daging masak masukkan lada hitam. Setelah semua sudah masak dan sebati, masukkan mayonnaise dan kacau sehingga rata.



4. Siap untuk dimakan bersama roti pita, roti nan atau sebarang roti lain.


 


Dihias dengan potongan tomato dan daun salad.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...