Pages

Followers

Thursday, April 19, 2012

Sambal Gesek Mangga


Cuba resepi Sambal Gesek Mangga

Bahan-bahan

1 biji buah mangga dipotong kecil
5 cili hidup dipotong besar
3 cili padi
2 cm belacan
50 gm ikan bilis
1 batang serai dipotong rampai
1 helai daun limau purut dibuang urat tengah
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Minyak zaiton

Langkah-langkah
Panaskan minyak zaiton dalam kuali. Masukkan semua bahan kecuali buah mangga.
Gorengkan bahan-bahan sehingga sedikit layu.
Keluarkan bahan-bahan dan masukkan ke dalam lesung.
Tumbuk sehingga sedikit lumat dan masukkan isi buah mangga yang dipotong kiub.
Gesekkan campuran sehingga agak lumat.
Siap untuk dimakan dengan nasi dan dicicah ulam kampung.
 — with Maz Linda and 3 others.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...