Pages

Followers

Wednesday, April 11, 2012

SARDIN MASAK RAMPAI.


Sardin adalah makanan yg paling cepat tuk dimasak. Kalau bz nilah yg dicapai dulu..Bila wujud group ni baru tahu mcm2 boleh dibuat dgn sardin ni. Nilah untungnya ade group. Dpt ceduk ilmu yg cukup bermanfaat dan berguna.. Waktu akak kurang sihat dulu, sardin jd mangsa. Akak cuba buat eksperimen masak SARDIN. Akak namakan SARDIN MASAK RAMPAI.

Bahan:
1 tin sardin mackerel
1 sudu butter
2 sudu besar minyak masak
kicap
daun kunyit dihiris halus
daun limau purut dihiris halus
1 labu bwg besar dihiris separuh bulat
3 ulas bwng putih dihiris
3 ulas bwg merah dihiris
2 btg serai dihiris
cili besar dan cili api dihiris
garam secukup rasa.

cara:
1. dalam kuali leper, satukan minyak dan butter. panaskan. kemudian goreng ikan sardin. ketepikan.
2. dlm minyak yg sama, tumiskan bhn hiris kecuali daun kunyit dan daun limau purut sehingga wangi.
3. masukkan kicap dan sos ikan sardin. Rasakan dengan garam.
4. Masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
5. Bila dah sebati, masukkan ikan sardin. Gaul rata. angkat..Selamat mencuba eksperimen akak.....sedap mkn dgn nasi panas2
.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...