Pages

Followers

Saturday, April 21, 2012

Sup Tulang Berempah

Muhamad Khair Hasan 
Ini resepi Sup Tulang Berempah

Bahan-bahan

½ kg tulang selangka lembu
1 ulas bawang besar diracik kecil
3 ulas bawang putih diracik kecil
2 cm halia dititik
1 batang serai dititik                                     
1 bungkus rempah sup
1 sup bunjut
Rempah tumis empat serangkai
3 biji kentang dibelah empat
Garam
1 sudu kecil cuka kurma
3 sudu besar minyak zaiton

Langkah-langkah

1. Masukkan tulang yang telah dicuci dan kentang ke dalam periuk tekanan. Masukkan air secukupnya.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, serai dan sup bunjut ke dalam periuk tekanan dan panaskan sehingga daging lembut.
3. Panas minyak zaiton dalam kuali dan tumiskan rempah tumis empat serangkai dan masukkan rempah sup. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan tumisan dalam periuk tekanan dan kacau sehingga sebati dan masukkan garam dan cuka. Panaskan sehingga mendidih dan siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...