Pages

Followers

Sunday, May 6, 2012

BINGKA LABU LEMAK MANIS


BINGKA LABU LEMAK MANIS
http://rohaisha.blogspot.com/2012/05/bingka-labu-lemak-manis.html
Resepi:Yatie

Bahan-bahan: (Loyang bulat 9”)
2 biji telur
2 cawan santan
½ cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula pasir halus
½ cawan susu pekat manis
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/ minyak sapi
2 cawan labu | yang sudah direbus, toskan dan dilecek
Sedikit bijan untuk tabur di atas permukaan kuih

Cara-cara:
1.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.Lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar.
2.Satukan bahan-bahan di atas kecuali labu yang dilecek dan bijan dalam satu bekas, kacau menggunakan whisk sehingga semua bersatu.
3.Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang.Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yang telah dilecek, kacau hingga rata.
4.Tuang dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.
5.Bakar hingga 1 jam atau hingga masak.Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
6.Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong.
 — with Abdullah Maziyah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...