Pages

Followers

Sunday, May 6, 2012

HOMEMADE KUETIOW


Dok merantau jauh terasa nak mkn Kuetiaw, kenalah buat sendiri.
http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/04/homemade-kuetiaw.html
Sumber; Umie@MYR
Oleh; Dapurmamasya
Bahan-bahan( satu kilo )
350 tepung gandum
150gm tepung beras
1 biji putih telor
200 ml air
tepung ubi secukupnya
minyak secukupnya
air untuk merebus
garam secukupnya

Cara-cara
1.Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkok adunan dan uli doh. Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya)
2.Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih
3.Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no1 dan putar (makin banyak tepung maka akan lebih panjang kuey teownya)
4. Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (saya buat sehingga no4 atau no5)
5.Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua aduna habis diputar nipis
6.Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow)
7.Terus memotong sehingga adunan habis
8.Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit2 atau muat tapisan-periuk)
9.Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul - angkat dan toskan - setelah diangkat mama siram sekejap kuwtiaw dg air sejuk/paip barulah ditoskan
10.Letakkan kuey teow yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuey teow sedang panas. Jika tidak kuew teow akan melekat antara satu dengan lain)
11.Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuey teow sebelum disimpan atau digunakan
 — with Maz Linda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...