Pages

Followers

Sunday, May 6, 2012

ICE CREAM HOMEMADE


ICE CREAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
1 tin susu pekat manis
2 tin air masak(sukat guna tin susu)
1 sudu besar ovallet
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko
Pewarna merah jambu
Sedikit perisa strawberry
CARA MEMBUATNYA
Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk
Masukkan tepung jagung,kacau rata(tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)
Kacau atas api hingga agak2 tepung tadi masak(kacau sekejap je,tapi saya kacau hingga mendidih sikit)
Angkat adunan tadi dan masukkan dalam mangkuk besar(kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul).Sejukkan dahulu
Apabila dah sejuk,tambahkan ovallet dan esen vanilla
Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi(high speed).Pukul hingga gebu dan ringan
Mula-mula adunan tu sikit je,lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek,sedikit likat
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(ikut suka nak buh berapa warna dan perisa)saya bahagi 3 bahagian
Satu adunan dibiarkan asal/plain(perisa vanilla)
Satu adunan bubuh perisa strawberry dan pewarna pink/merah jambu(perisa strawberry)
Satu adunan lagi bubuh serbuk koko(perisa coklat)
Saya bancuh serbuk koko dengan sedikit air panas,pastu masukkan dalam adunan dan pukul dengan mixer sekejap
Pastu boleh le dicorakkan aiskrim tu cam nak buat marble tu,tuang secara berselang-seli sehingga habis
Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais
Laraskan suhu paling maksimum supaya aiskrim cepat beku
Bila dah beku/keras boleh la dinikmati..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...