Pages

Followers

Sunday, May 6, 2012

KEK MARBLE SUSU


KEK MARBLE SUSU
BAHAN-BAHAN
250 gram mentega
230 gram gula kastor
2 sudu teh ovallet
4 biji telur Gred A
270 gram tepung superfine*
1 sudu teh baking powder*
60 gram susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar/susu cair
CARA MEMBUATNYA
Ayak bahan-bahan bertanda *
Satukan mentega,gula kastor dan ovallet.Pukul hingga gebu dan kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi adunan
Masukkan bahan-bahan bertanda *,kacau rata
Masukkan susu pekat manis,gaul sebati
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
1 adunan dibiarkan asal/plain dan 1 adunan lagi dimasukkan bancuhan serbuk koko bersama susu segar/susu cair
Loyang dialas baking paper dan gris sekeliling
Tuang adunan secara berselang-seli untuk mendapatkan corak marble
Bakar pada suhu 180'c selama 40-45 minit atau sehingga masak,saya guna api atas bawah
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...