Pages

Followers

Sunday, May 6, 2012

Macaroni Keju Bakar

Muhamad Khair Hasan 
Kepada yang nak cuba ini resepi Macaroni Keju Bakar

Bahan-bahan

1 cawan macaroni, rebus dan toskan
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung
2 cawan susu segar UHT
Herba campuran
Garam
Lada hitam
2 cawan keju cheddar yang disagat
3 kepingan keju

Langkah-langkah

1. Panaskan oven pada suhu 170 – 200 darjah Celsius.
2. Macaroni direbus dan ditoskan, ketepikan.
3. Cairkan mentega dalam kuali sos pada api sederhana. Masukkan tepung dan kacau supaya bergentel
4. Masukkan susu dan masak sehingga pekat, masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
5. Masukkan keju cheddar dan kacau sehingga cair. Selepas itu masukkan macaroni.
6. Tuangkan campuran ke dalam bekas untuk dibakar. Tutup bahagian atas dengan kepingan keju. Bakar selama 20 minit.
7. Boleh digantikan keju cheddar dengan keju mozzarella atau keju swiss mengikut kesukaan.
Silakan cuba...





2 comments:

  1. Nice posting, very helpfull & usefull. Dan untuk anda yang ingin tips memilih, merawat dan memperbaiki mesin roti / mesin bakery. klik aja di FIKRI TEKNIK GRATISSS, ditunggu blogwalking nya yach. good luck & keep blogging. Thank's & salam kenal yach...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...