Pages

Followers

Sunday, May 6, 2012

Masak Lemak Cili Padi Daging Dengan Sukun

Muhamad Khair Hasan Kak Jie Jie, ini dia resepi Masak Lemak Cili Padi Daging Dengan Sukun

Bahan-bahan

300 gm sukun yang diambil isi
300 gm daging dipotong nipis
Santan kelapa dari satu biji kelapa
1 helai daun kunyit – separuh dikisar dan separuh dimasuk ke dalam kuah
1 batang serai dititik
Garam
Gula
Asam keping
Air

Bahan dikisar

10 tangkai cili padi
10 cm lengkuas
10 cm halia
5 cm kunyit hidup
3 inci daun kunyit
1 batang serai
75 gm ikan bilis

Langkah-langkah

1. Dalam periuk masukkan air lebih kurang 1 liter. Masukkan daging dan rebus sehingga empuk.
2. Rebus sukun yang telah diproses sehingga lembut. Pindahkan sukun yang telah empuk ke rebusan daging.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Masukkan asam keping
4. Selepas itu masukkan santan sedikit demi sedikit.
5. Setelah semuanya sebati, kacau dan masukkan garam, gula dan daun kunyit yang diricik.
6. Setelah mendidih matikan api dan siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...