Pages

Followers

Sunday, May 6, 2012

PUDING KEK VANILA


PUDING KEK VANILA
http://rohaisha.blogspot.com/2012/05/puding-kek-vanila.html


PUDING KEK VANILA
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
8gm agar-agar serbuk
2 cawan air
2 cawan susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu besar serbuk vanila
2 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan 2 sudu besar air
Secubit garam
1 biji telur

Cara:
1.Sediakan kek secukupnya dan potong dadu kecil.
2.Masakkan agar-agar bersama air dan gula di dalam periuk sehingga larut dan mendidih.
3.Kacau telur, susu segar dan serbuk vanila hingga sebati dalam sebuah bekas dan tapis.
4.Setelah mendidih, masukkan bancuhan susu, telur dan vanila ke dalam periuk dan kacau hingga sebati.Masukkan juga sedikit garam.
4.Apabila telah sebati barulah dimasukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga likat.Matikan api dan masukkan potongan kek dan gaul sekadarnya supaya tidak hancur.
5.Tuangkan adunan puding ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.Pastikan bekas/loyang tersebut telah dialirkan dengan air terlebih dahulu supaya puding mudah dikeluarkan dari acuan apabila telah sejuk.
6.Hidangkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...