Pages

Followers

Wednesday, July 18, 2012

MEE UDANG

‎10/7/2012
MEE UDANG - Rohana Sulaiman

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
500 gm udang jenis besar
cili kisar ikut selera
3 sdm sos tiram
3 sdm sos tomato
3 sdm sos cili
keledek direbus dan kisar halus untuk memekatkan kuah
taugeh secukupnya
sawi secukupnya
kobis hiris
daun bawang
bawang goreng
garam
gula secukup rasa
air limau nipis/asam keping

Bahan2 kisar:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 sdt udang kering
1 inci halia

Cara Penyediaannya:
Tanggalkan kepala udang dan rebus. Kisar dan tapis dan masukkan udang tanpa kulit dan biarkan masak. Keluarkan udang dan Ketepikan air rebusan ini.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan2 kisar lain dan tumis lagi sehingga garing.
Masukkan air rebusan udang dan renihkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan pula sos tomato, sos cili, sos tiram dan air limau nipis/asam keping.
Kacau rata dan renihkan lagi kuah.
Masukkan keledek yang telah di kisar halus untuk dan jangan lupa garam dan gula sacukup rasa. Renihkan kuah sahingga pekat sikit je.

Cara saya:
Sediakan kuali dan sendukkan kuah udang sacukupnya. Kemudian masukkan sawi dan kobis. Bila sayur dah masak masukkan mee, taugeh dan udang. Sendukkan ke dalam mangkuk dan taburkan daun bawang dan bawang goreng serta cili jeruk. Letakkan beberapa hiris tomato. Hidangkan panas2.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...