Pages

Followers

Saturday, August 11, 2012

HEAVENLY MILO & OREO JELLY

Sila mencuba utk Iftar petang nie... siapa tak buat rugi... ^_~

RESEPI HEAVENLY MILO & OREO JELLY


Bahan-bahan


1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
750ml air
160g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich

Cara-cara


1 Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.

2 Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
3 Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
4 Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.

Tips Melapis :


1 Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.

2 Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
3 Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...