Pages

Followers

Sunday, August 12, 2012

SWEETSOUR IKAN BARAT

Seekor ikan barat
2 biji bawang putih - dicincang halus
5 biji bawang merah - dicincang halus
8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
2 biji tomato - dipotong dadu
2 kerat nenas - di potong dadu
sedikit bebola ikan dipotong dua
2 sudu cili boh
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Sedikit daun sup
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
Minyak
Cara-cara

Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun sup.....

2 comments:

  1. akak pun belum pernah rasa lagi. Ikan besar ni..biasa kalau yg besar kurang hanyirnya. Dah pasti best

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...