Pages

Followers

Sunday, September 16, 2012

AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE


AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE dan sedikit tips untuk hasilkan dua lapisan.

http://ovenkecil.blogspot.com/2012/09/agar-agar-santan-sirap-rose.html

Bahan-bahan :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
250 ml santan pekat (1 cawan) - Naz guna santan kotak jer
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
Secubit garam
1-2 sudu besar sirap rose ATAU beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...


TIPS DAN NOTA NAZ:
Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...