Pages

Followers

Sunday, September 16, 2012

Ayam bakar blackpepper

Ayam bakar blackpepper
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
1 ekor ayam - potong 4/ 4 chicken leg- ayam jgn potong kecil
5 ulas bawang putih- tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk
1 sb sos lada hitam
1 sb sos tiram
1 1/2 sb madu
1 sb gula
1 1/2 sb garam atau secukup rasa
butter / minyak zaiton

Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk dlm satu bekas, kacau rata.
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 2 jam.
3.Bakar ayam selama 1-1 jam 20 min atau hingga masak dlm oven 200'C api atas bawah (bergantung kpd oven masing2). Bila ayam separuh masak, sapu dg butter/minyak zaitun
4.Balikkan ayam semasa membakar

Tip masak ayam bakar dari Dapurmamasya ;
1. Jgn potong ayam kecil2 sbb ayam nanti agak kering dan tak lembut, seeloknya seekor ayam potong empat atau guna chicken leg.Nak hidang barulah dipotong
2. Utk bagi ayam kilat elok, sapukan butter atau minyak zaiton semasa membakar
3. Perap ayam sekurang2nya 1-2 jam atau nak lagi sedap 1 mlm.
4.Sekiranya rempah perapan ayam ada lebih....sapukan kpd ayam semasa membakar.
5.Kalau bgh isi ayam dah tertanggal dr kulit itu maknanya ayam dah sgt masak...seelok2nya jgn sampai isi ayam tertanggal dr tulang.
6. Bila ayam dah masak, keluarkan segera dari oven utk mengelakkan ayam kering

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...