Pages

Followers

Sunday, September 16, 2012

Feather light cheesecake...


Feather light cheesecake...

http://mybakingworkshop.blogspot.com/2012/09/feather-light-cheesecake.html

Bahan2:
A
250g susu segar (saya guna full cream)
20g butter

B
125g cream cheese

C
50g tepung (saya guna superfine)

D
2 biji kuning telur gred A
1 sk esen vanila

E
3 biji putih telur
1/8 sk cream of tartar
80g gula kaster
Secubit garam

F
1 sk chocolate paste

Cara2 membuat kek :
1. Griskan loyang segiempat bersaiz 20cm & alaskan dasarnya guna kertas minyak.

2. Masak bahan A hingga mendidih (guna api perlahan).

3. Pukul bahan B hingga lembut.

4. Tuang bahan A tadi kedalam bahan B, gaul hingga sebati.

5. Kemudian, masukkan bahan C & gaul hingga sebati.

6. Guna teknik double boiler, masak adunan hingga pekat.

7. Alihkan dari double boiler & masukkan pula bahan D, gaul sebati.

8. Pukul bahan E hingga kembang & bertanduk.

9. Kaup balikkan bahan E yang telah dipukul kedalam adunan cheese tadi (langkah 7), gaul sebati.

10. Ambil lebih kurang 100g adunan & campurkan dengan bahan F, gaul rata.

11. Tuang adunan cheese dalam loyang & tuang pula campuran bahan F (cheese + coklat) atasnya, swirl kan untuk buat bentuk marble.

12. Bakar guna teknik water-bath pada suhu 160C selama 50 - 60 minit atau hingga kek masak (kalau guna loyang yang berpateri, balut loyang guna aluminium foil). Bila kek sudah masak, segera keluarkan dari acuan & sejukkan atas wire rack untuk mengelakkan kek mengecut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...