Pages

Followers

Sunday, September 16, 2012

KEK DURIAN (DURIAN CREAM LAYER CAKE)

KEK DURIAN (DURIAN CREAM LAYER CAKE)
http://ovenkecil.blogspot.com/2012/09/kek-durian-durian-cream-layer-cake.html

Kek Span Vanilla
Bahan-bahan:
150 gm tepung superfine (Naz guna tepung gandum)
150 gm gula kastor
5 biji telur A
1 sudu besar ovalette
80 ml jus oren (Naz ikut kak Ina ganti susu segar)
80 ml minyak / mentega cair
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna kuning - optional

Cara-cara:
Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun).
Perlahankan kelajuan dan masukkan jus dan sedikit pewarna kuning. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama seminit atau sehingga aduan kek benar-benar ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
Sediakan tin pembakar bulat atau segi empat berukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
Bila sejuk boleh hias ikut suka.

Resipi durian cream filling
Bahan-bahan:
250 gm whipped/fresh cream
200 gm isi durian (Naz guna 300 gm isi durian)
1/2 tsp gelatin (Naz guna 1 tsp halal gelatin)
2 tbsp air
2 tbsp gula kastor (ni Naz tambah sendiri-adjustlah kalau durian dah cukup manis tak perlu)

Cara-cara:
Pukul whipping cream sampai bertanduk.
Kemudian campurkan isi durian yang telah dilenyek.
Gelatin dicampur air dan dipanaskan dlm microwave sebentar. Kacau hingga larut. (Naz campurkan gelatan dengan air panas dan kacau hingga larut. Gula pun Naz masukkan dan larutkan bersama).
Akhir sekali campurkan larutan gelatin tadi ke dlm krim durian. Kacau rata dan ketepikan.

Untuk hiasan
300 gm whipped/fresh cream- dipukul kental

Cara menyusun kek:
Kek span dipotong 3 lapis kemudian lapiskan dgn durian filling di setiap lapisan kek.
Sapu whipped/fresh cream yg telah dipukul kental di keseluruhan kek tadi dan hias ikut suka.
Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang sejam sebelum di hidang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...