Pages

Followers

Sunday, September 16, 2012

Kek Lapis Asam Manis


Kek Lapis Asam Manis
resepi asal:
DayangJack@DapurKuSayang

bahan-bahan : loyang 8" x 8"
10 biji telur A
200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
450 g mentega(saya guna butter anchor)
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
150 g gula kastor(saya guna gula pasir yg dikisar halus)
300 g susu pekat manis
hawflake secukupnya
pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya.
cara-cara :
Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang.
Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum.
(saya guna superfine)
Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).(saya letak 5 sudu mkn penuh)
Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja.

terima kasih DayangJack kerana sudi berkongsi kek lapis yg sedap n moist nie....
kek dayang telah saya ubah suai mengikut citarasa saya
####versi saya####
adunn saya bahagi 3..
1.lapisan bwh sya taburkn dgn parutan keju cheddar.(saya guna 1/2 ketul-diparut)
2.lapisan tgh campor pwarna oren dan saya susunkn dgn asam manis.
3.lspisan atas saya camporkn pwarna purple & perasa blueberry. setiap lapisan lorekn dgn filling blueberry.

jadilah kek lapis trio
cheese/asam manis/blueberry

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...