Pages

Followers

Sunday, September 16, 2012

Pizza

Pizza~ Rogayah Ibrahim

250 gm tepung roti
140ml air suam
1 1/2 sk mauripan
1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
oregano


1.Masukkan semua bahan dan kalau guna BM tekan butang menu Dough dan tunggu siap dan boleh ke langkah nombor 4.
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan uli  hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit.Keluarkan dan uli seketika.
3Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 40 minit.  Apa bila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin,
4.Jadikan adunan kepada dua bahagian yang lebih kecil. Canailah adunan tersebut dan diletakan dalam dulang pizza atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin.  Biarkan seketika selama 40 minit.
5. Sebelum disapu topping cucuk-cucuk dahulu permukaan pizza dengan garfu bagi mengelak pizza ketika bakar mengelembung.
6. Bakar pizza yang telah siap topping selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C.

Bahan untuk topping
Ketulan kecil isi ayam
Udang segar(dibuang kulit dan dipotong kecil)
2 ulas bawang putih
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh oregano
Sedikit garam
Tumis sedikit minyak dan masukkanlah bawang putih(dihiris nipis) biarkan sedikit garing kemudian masukkan ayam dan udang diikuti sos cili, origano dan seterusnya garam. Pastikan tidak berair.


Lain-lain bahan

6 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu teh oregano
Selabu bawang besar(dipotong dadu)
Potongan nanas dalam tin (dibelah kecil)
Lada benggala(dipotong dadu - besar)
4 batang sosej(direbus dan dipotong nipis-nipis)
120 gm mozarella(diparut)


Cara nak topping


1.Sapu campuran sos cili, tomato dan oregano pada permukaan pizza (nak topping sebelum bakar
pizza atau nak bakar dulu kulit pizza baru nak topping dan bakar sekali lagi - ikut suka hati)
2 kemudian tabur bahan tumis tadi(ayam dan kawan-kawannya)
3. Tabur sosej , diikuti bawang, nanas, dan akhir sekali mozarella parut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...