Pages

Followers

Sunday, September 16, 2012

Roti kacang Merah

 Roti kacang Merah~ Rogayah Ibrahim

http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/05/roti-kacang-merah.html

Bahan2
500gm tepung roti(high protein)
3 sudu besar shorterning(lemak sayur)
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil mauripan
200ml air suam (kalu uli tangan 220ml)
4 sudu besar water roux(cara buat ada di bawah)
1 sudu kecil vanilla
sebiji telur(dipukul dgn garfu dan guna sebahagian saja dalam adunan)
water roux(amat penting untuk menggebukan roti dan pau)
50gm tepung gandum
250ml air
masak keduanya hingga pekat dan sedikit mendidih dan sejukkan dan adunan ini dapat 8 sudu besar water roux.
Inti kacang merah yang readymade jual kat kedai.



caranya
1.kalau guna bread maker masukkan semua bahan kecuali inti kacang merah. dan tekan on sahaja sehingga siap dan boleh ke no 4.
2. uli tangan...campurkan semua bahan tad kecuali inti kacang merah dan uli hingga tidak melekat ditangan(tangan masih comot pun tak apa) selepas itumasukkan doh kedalam plastik. Ramas atau golek-golekkan plastik tersebut ditempat yang rata dan buatlah dalam masa 6-8minit(sambil nonton pun tak pa).Keluarkan dan kita nampak menjadi adunan yang elastik.Ulilah semula ambil masa seminit dua.
3.masukkan dalam bekas bertutup dan simpan tempat kena cahaya selama 1 jam atau naik 2 kali ganda.selepas itu keluarkan dan ditumbuk-tumbuk.
4.Bahagi doh kepada bulatan kecil  dan dimasukkan inti tadi dan boleh dipelbagaikan nak letak dalam bekas cup kek atau letakkan dalam bekas berpetak atau bulat(tapi kena alas dengan beking paper)kalu dalam bekas adunan pastikan jangan terlalu rapat)biarkan selama 40minit hingga 1 jam.selepas itu ambil sebahagian telur tadi dicampur susu cair/segar/tepung yang dicampur sedikit iair glisskan atas roti tadi.Taburlah dengan bijan d. Bakar selama 20 minit suhu 180 - 200c.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...