Pages

Followers

Thursday, January 12, 2012


Salam semua. 

 
AMALAN PEMAKANAN SIHAT CARA SUNNAH RASULULLAH S.A.W.: sumber dari Mofabisa Alkasia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua sihat hendaknya. Sedikit tips-tips amaaln pemakanan sihat cara sunnah Rasulullah s.a.w.

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan, daging atau ayam. Baginda pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit. ( Para saintis juga telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak.

2. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

3. Jangan makan buah bersama susu atau dalam erti kata lain – Koktel. Namun, para saintis telah menemui bahawa adalah baik untuk menikmati khasita susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan masalah penghadaman. Namun, pengguna perlu memilih jenis susu kultur yang kurang kadar kemasaman kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh mnyebabkan gastrik.

4. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.

5. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging atau telur.

6. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat seperti gandum atau roti.

7. Rasulullah akan tidur sekejab selepas makan tengahari sebelum masuk waktu Zuhur.

8. Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan MAKAN MALAM. Barangsiapa yang meninggalkan makan malam. Dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Makan malam adalah sebelum Magrib.

9. Elakkan makan makanan darat bercampur makanan laut. Contohnya jika seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk makan makanan laut seperti udang, ikan atau sotong. Walau bagaimanapun, percampuran makanan ini ( antara makana darat dan makanan laut ) tidaklah dianggap haram cuma ia boleh MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

10. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk secara perlahan-lahan. Nabi melarang kita untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang sedang diminum.

Rasulullah SAW mengajarkan etika makan kepada ummatnya. Di antara hal-hal yang beliau ajarkan adalah :

1. Tidak mencela makanan yang tidak di sukai
2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan
3. Membaca basmalah dan berdo’a
4. Makan menggunakan tangan kanan
5. Tidak bersandar ketika makan
6. Memakan makanan yang terdekat
7. Memulai makan dari pinggir dan bukan dari tengah
8. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
9. Menyisip tangan bagi yang makan tanpa sendok/garpu
10. Membersihkan piring dan membuang kotoran dari makanan yang terjatuh lalu memakannya
11. Tidak memperlihatkan rasa jijik terhadap makanan yang tidak biasa dimakan atau tidak disukai
12. Makan dan minum sambil duduk
13. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas
14. Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit
15. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram
16. Mendahulukan orang yang dikanan
17. Pemberi minuman yang paling akhir minum
18. Mendoakan shahibul bait (yang mengundang makan)
19. Menutup tempat makan dan minum

Mudah-mudahan kita sebagai umat Islam boleh mencontohnya dengan baik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...