Pages

Followers

Thursday, March 15, 2012

PAU

( Resepi Eksperimen )
‎15/3/2012
PAU YG KU BUAT UTK MENGHILANGKAN BOSAN YG MELANDA DIRI.....

(RESEPI DARI MIZ KEMA - Copy paste balik)
•PAU - Miz Kema

1kg tepung-sy guna pau/ tpg h0ng k0ng (sbb teksturnya lebih putih)
1cmb baking p0wder d0uble acti0n-b.p0wder (jns ni sesuai utk kuih yg kukus)
1/2cmb bread s0ftner (guna pau s0ftner lg 0k..)
1 1/2cmb yeast istant
1cmb susu pekat
2cmb gula kast0r
2cmt garam halus
500ml air-mcm biasa kl0 buat d0h (cmni sy suka air+ais..)
100gm sh0rtening pau (guna sh0rtening sepenuhnya)

-masuk semua bhn kecuali sh0rtening..
-uli sehingga menjadi d0h yg sebati
-masukkan sh0rtening..... kl0 d0h pau x perlu uli lama..ckup sekadar d0h sebati..
-bulat2kan..masuk inti..rest bg kembang sket pastu kukus..alas kain kat penutup periuk kukus..

masa mengadun ^^' sy cadangk' kl0 akak bancuh s0rg utk 1 kg..lbeh baik guna ais..sbb tkt nnt d0h kembang/kering kl0 biar lama2 sementara tgu kita ltak inti..kl0 d0h sejuk..pr0ses kembang die lmbt sket..tp terpulang pd cara masing2..kl0 sy lbeh suka guna air+ais kl0 buat d0h

PIZZA

frusttt!!black0ut..baru nak baked..
urm t’paksa mkn nasi dulu laa..huhu ^^’
just sharing pizza versi sy..sweet s0ur pizza..
nak buat blackpaper..s0s plak xde..
sy x makan s0sej s0 guna ayam/tuna jer..

-d0h pizza-
500gm tepung r0ti
2tbs susu tepung
15gm yeast
1/2tbs garam
1tbs gula
3tbs marjerin/sh0rtening-sy ganti minyak sayur
1bj telur
230ml air+ais

-putar semua bahan kering..
-masukkan telur+air sejuk..putar sehinggan jd d0h yg sebati..
-masukkan lemak..putar smp d0h licin..
-bulatk’ d0h 100gm..rest d0h jap..
-leperkan..cucuk d0h dgn garfu..rest d0h bg kembang..baked half baked..suhu 170c..
-sapu s0s..tabur inti..letak nenas+vegedll..pipe s0s+may0naise..tabur chesse m0zarela+parmesan..


-t0pping-
daging ayam-cincang+g0reng tnpa minyak utk keringk’ air..
bawang putih-cincang
buah t0mat0-blend
lada sulah+gula+garam-secukup rasa
mix vege..

-tumis bwg putih..masukkan t0mat0 blend..masukkan ayam..mix vege n perasakan..

-bahan hiasan/tabor utk t0pping-
t0mat0 sos/sili s0s/may0naise-pipe
nenas-p0t0ng kecik2..
butt0n mushr00m-hiris nipis
cili benggala-p0t0ng dadu
sy guna m0zarella+parmesan chesse..
daun 0regan0

Tuesday, March 13, 2012

KEK MARBLE DULCE DE LECHE VERSI KAK JIE JIE

Salam Semua,
Tarrrraaaaaaaa....kek marble akak sudah siap. Terima kasih Rohana Sulaiman sebab share kek yang sedap ni.. Tapi akak sedih oven akak tu berenti berpusing, so adelah hangit sebahagian kek tu... Pas tu akak masukkan kek ke dalam microwave.. sampai masak...alhamdulillah..menjadi
jugak dia....

KEK MARBLE DULCE DE LECHE - Recipe dari My Recipe

( Rohana Sulaiman)

1 cawan mentega/majerin ( sy guna 1 buku mentega)
1/3 cawan padat gula perang
1 cawan dulce de leche
1 sk esen vanilla
2 cawan tepung gandum*( akak guna tepung naik sendiri + 1 sudu soda bikarbonate)
1 1/2 sk baking powder* (*ayak bersama)
4 biji telur besar - dipukul ringan( akak guna telur 6 biji sbb kecik tk pukul terus masuk)
100 g coklat masakan - cair (sy guna chocolate chips cairkan di Micro Oven)
( akak guna coklat blueberry dicairkan double boil )

Cara-cara

Pukul mentega/majerin dengan gula hingga kembang( akak pukul selama 7 minit) lalu masukkan esen vanilla dan terus pukul.
Tuang dulce de leche sambil adunan dipukul terus hingga rata.
Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2 dan akhir sekali masukkan telur sambil dipukul lagi hingga sebati.
Adunan dibahagi dua dan bubuh coklat cair( akak masukkan coklat blueberry+ perisa strawberry tu lebih terang kalornya) pd 1 bahagian adunan.
Marblekan adunan di dalam loyang yang digris dan dialas dasarnya.
Bakar pd suhu 170C selama 45 min - 1 jam atau hingga masak.

ORANGE CHICKEN PAPRIKA

( Group REks FB )
http://rohaisha.blogspot.com/2012/03/orange-chicken-paprika.html

ORANGE CHICKEN PAPRIKA
Resepi: Majalah SEDAP

Bahan:
1 ekor ayam,potong 16 bahagian (saya guna 800gm ayam)
2 sudu makan sirap oren (cth:sunquick)
3 sudu makan madu
2 sudu makan kicap Inggeris (saya guna kicap cair soya)
1 labu bawang besar| dipotong panjang besar
1 biji lada benggala merah | potong memanjang (saya guna 1/2 biji)
1 biji lada benggala hijau | potong memanjang (saya tak guna)
1 biji lada benggala kuning | potong memanjang (saya guna 1/2 biji)
1 sudu teh garam
2 sudu teh lada hitam kasar
200ml air (saya kuramgkan)
3 sudu makan mentega tawar (guna mentega biase)

Cara membuatnya :
1.Lumur ayam dengan sunquick, madu dan kicap Inggeris.Perapkan lebih selama 1 jam dalam peti sejuk.
2.Bakar ayam dengan menggunakan api bawah suhu ketuhar 170 drjh C selama 20 minit sehingga kecoklatan.
3.Panaskan mentega.Tumis bawang besar sehingga terbit aroma.Masukkan ayam dan baki rempah bakar.Masukkan garam dan lada hitam.Kacau rata.
4.Tuangkan air.Masak hingga menyerap.Sebelum diangkat, masukkan lada benggala.Kacau sehingga agak layu.

How to Make Mashed Potatoes

How to Make Mashed Potatoes

There are many ways to mash potatoes. Here's a favorite way!
It's no secret mashed potatoes taste best when they're made with lots of cream and butter, and we don't skimp here. But keep in mind, you can use as much or as little butter and cream as you like.
1. We used a blend of red and russet potatoes. This combination creates a slight texture variation. If you prefer completely smooth mashed potatoes, this method still applies, but russet or Yukon Gold potatoes--with their high starch content--are the best mashers.

We used 6 potatoes, 1 cup heavy cream, 1/2 cup salted butter, and salt to taste.
2. Peel the potatoes, removing as many of the eyes as possible with the tip of your peeler. (If you prefer more rustic mashed potatoes, keep the skin on half of them.)
3. Submerge the potatoes in a bowl of cold water to keep them from turning brown while you are chopping them.
4. Cut the potatoes into similar-sized chunks so they will cook evenly: the cubes should be about 1½ to two inches wide.
5. Use a pot large enough to hold the potatoes with enough water to cover. Add salt, if desired. Place the pot over a high heat and bring the water to a boil. Reduce heat to simmer.
6. Simmer, covered, until tender--about 15 to 20 minutes. A knife tip inserted into a potato should meet no resistance; if the potato clings to the knife, the potatoes need to cook longer. When potatoes are done, remove from heat and drain immediately.
7. Reserve the potato water if you would like to use it in place of butter or cream when mashing, or if you plan to make a vegetable soup stock or sourdough bread.

8. Let the potatoes sit for a minute to dry and to allow any excess water to drain from the bottom of the colander. Meanwhile, heat the butter and cream in a small saucepan at a low temperature. (You can also use the microwave for this step.)
9. We used a food mill to make these mashed potatoes. A food mill or potato ricer are probably the best tools for mashed potatoes, as they won't over-mix, which can result in a gluey texture. Other tools work just fine, however--but the finished product might not be as smooth and fluffy.
10. A ricer or mill ensures that once the potatoes have passed through the grate at the bottom, they'll be lump-free: the potato is forced into small “grains” like rice. The biggest drawback with using electric mixers is that they can overwork the potatoes to the point where the starch molecules break. Use care: mix the potatoes enough to avoid lumps, but not so much that they take on a sticky, gummy consistency.
11. Once the potatoes have been passed through the mill, drizzle half of your hot cream through and around the grate to get every last bit of potato. Clean off the bottom of the ricer, and add any additional mashed potatoes to the bowl you have been working in. Gently stir in the remaining butter and cream.
12. At this point, taste the potatoes for seasoning and adjust to taste. Test for consistency, too: if the potatoes are too thick, add more cream. Other herbs and spices can be added at this point as well--chopped chives, Italian parsley, Parmesan cheese, crumbled bacon, roasted garlic, chopped scallions, or creamed leeks are all delicious additions.
13. To reduce the fat content of traditional mashed potatoes, use low-fat sour cream in place of butter, and milk or broth rather than cream. Try some of these excellent spiced-up mashed potato recipes:

Roasted Garlic Mashed Potatoes

Ingredients

  • 6 cloves garlic, peeled
  • 1/4 cup olive oil
  • 7 baking potatoes, peeled and cubed
  • 1/2 cup milk
  • 1/4 cup grated Parmesan cheese
  • 2 tablespoons butter
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 teaspoon ground black pepper

Directions

  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  2. Place garlic cloves in a small baking dish. Drizzle with olive oil, cover, and bake 45 minutes, or until golden brown.
  3. Bring a large pot of lightly salted water to boil. Add potatoes, and cook until tender but firm. Drain, and transfer to a large mixing bowl.
  4. Place roasted garlic, milk, Parmesan cheese, and butter into the bowl with the potatoes. Season with salt and pepper. Beat to desired consistency with an electric mixer.
Allrescipes.com

Monday, March 12, 2012

BLACK BEAUTY CHOC MOIST CAKE

 Salam semua,

Kek yang cukup menguja minda dari:
( Group REks FB )
BLACK BEAUTY CHOC MOIST CAKE


250g butter
150g jem (saya guna apricot jem)
150g gula castor
4 biji telur B
230g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil nescafe
200g air panas # @ 200g susu segar berperisa coklat
50g coklat masakan #
1 sudu besar choc emulco

Cara-cara :
Sediakan loyang bersaiz 9 inci.
Sapu marjerin
Campurkan coklat masakan dengan air panas
Biarkan sejuk
Panaskan oven bersuhu 150 darjah
Pukul butter, gula dan jem sehingga putih
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan coklat emulco
Masukkan ,nescafe, tepung berselang dengan air coklat @ susu segar
Kacau secara kaub balik sehingga rata
Masukkan ke dalam loyang
Boleh dibakar sehingga masak


COKLAT GANACHE
By : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012
Sumber :Azlita Masam Manis
Bahan Ganache Coklat
300 gm krim tenusu
30 gm sirap glukos
500 gm coklat gelap ~ hiris halus

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya

KARI AYAM VERSI KAK JIE JIE

  • KARI AYAM VERSI KAK JIE JIE
    Bahan
    Ayam dipotong kecil
    3 biji ubi kentang-potong ikut suka
    santan
    minyak untuk menumis
    asam jawa secukupnya: akak guna asam jawa adabi-1 sudu besar
    rempah 4 sekawan
    1 paket rempah kari daging Mak siti( first time cuba)
    gula ikut rasa.

    Bahan kisar
    8 ulas bwg putih
    6 ulas bawang merah
    13 tangkai cili kering
    1in lengkuas
    1in halia
    1in kunyit-akak guna serbuk kunyit 1 sudu besar

    Cara:
    1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan.
    2. Masukkan bahan kisar tumis dan rempah kari hingga sikit garing.
    3. Masukkan sedikit air, kacau sebati. Kemudian masukkan potongan ayam. Gaul ayam dan bahan tumis biar sekata.Tutup periuk. Biarkan seketika anggaran 5 minit dengan api sederhana
    4. Masukkan santan, garam, ubi kentang dan air asam jawa. Biarkan mendidih dan kacau seketika.
    5. Bila kuah mendidih masukkan sedikit gula.
    6. Perlahankan api dan renihkan selama 5-10minit. Terpulang setakat mana kepekatan yg kita nak..Angkat.
    Selamat Mencuba...sedap seakan2 dimasukkan kerisik bila rasa kuahnya..

KEK BATIK ARORA

Salam Semua,
 
Resepi kek yang tengah meletup dan famous sekarang ni...
 
( group REks FB )
KEK BATIK ARORA
Bahan-bahan
250 gram mentega
100 gram gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis
6 biji telur Gred A
1 sudu teh ovallet
250 gram tepung gandum*
2 sudu teh baking powder*
5 jenis pewarna
5 jenis perisa

Cara membuatnya
Ayak bahan-bahan bertanda* dan ketepikan
Pukul mentega,ovallet dan gula kastor sehingga kembang dan memutih
Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul adunan sehingga sebati
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis
Matikan mixer
Masukkan tepung gandum dan baking powder yg telah diayak tadi dan kaup balik hingga rata dan sebati
Bahagi adunan kepada 5 bahagian
Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan pewarna yang disukai
Gaul adunan hingga rata
Griskan loyang dengan butter dan alas baking paper
Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
Setiap tompokan 1 senduk
Masukkan dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 45 minit atau 1 jam/sehingga masak,suhu 180'c,api atas bawah(bergantung pd kapasiti oven masing2)
Sejukkan sebelum dipotong

YEAST PUMPKIN PANCAKES

Salam semua,
 
Resepi yang menyelerakan dari:
 
( group Resepi Eksperimen FB )
Pagi tadi buat^^

Yeast Pumpkin Pancakes
makes dozen large

Ingredients:
A
2 cups flour
2 teaspoons active dry yeast
2 heaping tablespoons sugar
~~mix ingrident A 1 one bowl

B
1 1/4 cups milk
1/2 cup water
2 eggs
1/4 cup melted butter
1/4 teaspoon salt
~~Preheat ingredient B

100gm boiled pumpin(mashed)


Some oil to grease griddle or iron cast skillet

to make it..A + b + C = Done...melempengggg ^^

PULUT PANGGANG


Salam Semua

 
Rohana Sulaiman sering menampilkan masakan yang menyelerakan dalam group Resepi Eksperimen Facebook.. 
14/2/2012
Salam teman dn selamat pagi semua. Hari ini sarapan dng.....PULUT PANGGANG

Beras Pulut

Serunding
Daun Pisang

Tanak pulut saperti biasa... ambil sa helai daun pisang yg sudah di potong dan bersihkan.......letak pulut.... ratakan dan di isi dng serunding.... dan bungkus....dan semat dng lidi... bakar atas api.


SERUNDING KELAPA


Bahan

Kelapa parut di buang kulit
Cili kering*
Bawang besar*
Bawang puteh*
Serai*
Udang kering sikit*
Ketumbar biji* (biar terasa ketumbar sikit)
Jintan kasar dan halus sikit*
Buah keras sikit*
Lada hitam sikit*
Garam
Gula
Air asam
Daun salam
Daun Limau purut

Kisar kesemua yg bertanda* dan tumis hungga naik bau.... masukkan kelapa ...... air asam, garam dan gula.... masukkan daun salam, daun limau purut dan lebihkan rempahnya... agar terasa nikmat serunding ....goreng hingga tua... jangan terlalu kering ... basah2 sikit.

Serunding kalau pedas, manis dan masam... baru terasa enak.
Kena sentiasa mengacau supaya tidak hangit......Rohana Sulaiman
 
 
 
 

Sunday, March 11, 2012

KEK SARANG SEMUT

Salam Semua,
Kek yang sedap dari
( Group REks FB)
kek sarang semut.

kek gula hangus.....
bahan2nya:
* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula pasir
* 4 biji telur
* 1 cawan air panas(nk msukkan dlm gula)
jgn terlampau hangus/htm gula 2,nt pahit
* 1c susu pekat manis
* 1 sudu makan butter/marjerin
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* Sedikit esen ros/vanilla (x ltk pn)
....klu nk buat byk gndakan sukatan,1 cwn pn byk dh jgk 2...try dlu....

Cara-cara
1. Panaskan gula dan kacau sehingga gula hangus.
2. Perlahankan api, masukkan air sedikit demi sedikit. DIINGATKAN : Perlu berhati-hati sbb takut gula panas terkena tangan.
3. Masukkan butter. Biarkan mendidih. Kemudian biar ia nya sejuk.
4. Dalam bekas yg lain, pecahkan telur dan pukul hingga kembang.
5. Masukkan susu.. diikuti dengan tepung dan soda bikarbonat.. Dipukul hingga sebati.
6. Kemudian barulah dimasukkan gula yg dihanguskan tadi.
7. Pukul hingga rata.
8. Perap adunan 3-4 jam (bertutup) supaya kek ni bile masak, nampak berlubang2 cantik.( kdg2 perap,kadang2 trus bakar)
10. Kukus/bakar sehingga masak
(kadang2 1jm/lebih..)

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS DENGAN UBI KENTANG

Salam Semua 

 Resepi yang pelbagai dari
( Group REks FB )
Sambal Tumis Ikan Bilis ngan Ubi Kentang.
    •  
      Bwg merah 3 ulas*
      Bwg pth 4 ulas*
      Cili Kering 10 biji je.*
      Ikan bilis
      Ubi Kentang
      Diptg kecik
      Tumiskan bhn2 yg diblenderkan.
      Kacau dan biarkan airnya kering sikit.
      Ble lah boh ikan bilis ,ubi kntg dan biarkan masak. Kacau serata dan boh lah perisa ckp rasa,garam,gula.
      Bila ubi dah empuk ble lah ttp api dan dihidangkan.

TALAM ROTI LAPIS COKLAT

Salam Semua,
 
Hidangan yang menyelerakan dari:
 
( Group REks FB )
http://rohaisha.blogspot.com/2012/03/talam-roti-lapis-coklat.htm
    • TALAM ROTI LAPIS COKLAT
      Resepi: K.Wan
      Telah Di Cuba Oleh:Yatie

      Bahan-bahan:
      4 keping roti sandwich | buang tepi, siat & rendam dengan 100ml air (sy guna roti gardenia)
      50gm gula pasir
      1/4 sudu teh garam
      200ml santan KARA (sy pakai ayam brand)
      100ml air
      60gm tepung beras
      20gm tepung sagu / tepung ubi
      1 sudu teh coklat emulco (saya guna bancuhan 1 sudu besar serbuk koko + 3 sudu kecil air)

      *Acuan lompang 10-12 biji (saya guna acuan apam)

      Cara menyediakan:
      1.Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar.Ketepikan.
      2.Satukan air, santan, gula dan garam.Masak hingga gula larut.Biarkan suam.Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
      3.Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang direndam hingga halus.
      4.Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi dicampur dengan coklat emulco.
      5.Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang dipanaskan terlebih dahulu.
      6.Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat k atas lapisan bawah tadi.Lap tutup pengukus dan kukus slama 10 -15 minit dengan api sederhana hingga masak.

PUDING MARBLE COKLAT MANGGA

Salam semua,
 
Masakan yang kreatif dari
( Group REks FB )
PUDING MARBLE COKLAT MANGGA
Resepi asal: Inspirasi dari PUDING MARBLE COKLAT
:Zanifah (majalah SAJI)
Olahan Oleh: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
Bahan A:
5gm serbuk agar-agar
400ml air
100ml susu cair
5 sudu besar milo
2 sudu besar serbuk koko
1/3 cawan gula pasir (70gm)

Cara menyediakan:
1.Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga mendidih.
2.Perlahankan api dan masukkan susu.Renehkan sebentar dan pastikan ianya tidak sampai mendidih.Masukkan pula serbuk milo dan koko, kacau rata dan tidak bergentel.
2.Tapiskan adunan puding ke dalam bekas lain terlebih dahulu kemudian barulah tuang ke alam acuan yang digemari.(Pastikan acuan telah disengetkan kedudukannya untuk membentuk corak marble yang disukai).Biarkan sejuk baru dimasukkan adunan mangga pula.

Bahan B:
5gm serbuk agar-agar
400ml air100ml susu
1/2 cawan mangga kisar (mangga ranum)
1/5 cawan gula pasir (40gm)
Sedikit pewarna oren

Cara menyediakan:
1.Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga mendidih.
2.Perlahankan api dan masukkan susu.Renehkan sebentar dan pastikan ianya tidak sampai mendidih.Masukkan pula puri mangga, kacau rata.
3.Pusing/alih kedudukan acuan yang telah berisi adunan coklat tadi untuk mendapatkan marble seterusnya.
3.Lapiskan / tuang adunan puding mangga ini ke dalam acuan.Buat step yang sama/ ulangi melapis antara kedua adunan tersebut secara berselang seli sehingga selesai.

DAGING DENDANG STYLE PUTERI

Salam semua.
 
Ni Daging Dendang style pu3.
 
 
Daging direbus dan disiat2 kasar dan direndam ngan kicap adabi lemak manis.
Bwg merah 3 ulas
Bwg pth 2 ulas
Halia 1 inci.
Rempah 4 sekawan
Kicap lemak manis adabi.
Tumiskan bhn2 bwg merah,pth,halia dan rempah sampai wangi.
Lepas 2 ble boh daging ngan kicapnya dan kacau serata. Ble lah boh perisa dan garam. Kacau sampai kuahnya agak kering dan ble lah diangkat.

MEE GORENG

Salam semua
( Group REks FB )
Agak jemu makan nasi, goreng mee lah pulak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan cili kering yg telah diblend sehingga garing. Masukkan sedikit air, udang, fishball/cake. Masukkan juga kicap, sedikit tomato sos, oyster sos, garam serta sedikit serbuk perasa. Masukkan sawi dan taugeh. Hidangkan..

UDANG MASAK LEMAK KUNING CAMPUR KACANG BUNCIS...

Salam semua
( Group Resepi Eksperimen FB )
UDANG MASAK LEMAK KUNING CAMPUR KACANG BUNCIS....
Udang,
5ulas bwg merah,
2ulas bwg putih,
sedikit kunyit hidup
5biji cili api...................dblender semua.
santan secukupnya,
sebatang serai dititik
garam dn perasa.
sedikit buncis dipotong
sehelai daun limau purut jika suka.
Masukan bahan blender kedlm santan..... kacau perlahan, masukan serai, kacau selalu. masukan udang dan kacang buncis bersama parasa. akhir sekali masukan daun limau purut. kacau mendidih, angkat.

Saturday, March 10, 2012

KEK MARBLE DULCE DE LECHE

Salam Semua
‎9/3/2012

Tadi buat kek .. ambil recipe dari My Recipe..menggunakan Caramel Sauce yg di buat tempo hari...SEDAPPP!
Tak sabar tunggu sejuk... panas2 pun main potong..tak rugi cuba...terima kasih Ibu Zai..

KEK MARBLE DULCE DE LECHE - Recipe dari My Recipe

1 cawan mentega/majerin ( sy guna 1 buku mentega)
1/3 cawan padat gula perang
1 cawan dulce de leche
1 sk esen vanilla
2 cawan tepung gandum*
1 1/2 sk baking powder* (*ayak bersama)
4 biji telur besar - dipukul ringan
100 g coklat masakan - cair (sy guna chocolate chips cairkan di Micro Oven)

Cara-cara

Pukul mentega/majerin dengan gula hingga kembang lalu masukkan esen vanilla dan terus pukul.
Tuang dulce de leche sambil adunan dipukul terus hingga rata.
Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2 dan akhir sekali masukkan telur sambil dipukul lagi hingga sebati.
Adunan dibahagi dua dan bubuh coklat cair pd 1 bahagian adunan.
Marblekan adunan di dalam loyang yang digris dan dialas dasarnya.
Bakar pd suhu 170C selama 45 min - 1 jam atau hingga masak.

GRILL LAMB

Salam semua.
Hari nie buat Grill Lamb dengan sos lada hitam dengan gravy.      
Muhamad Khair Hasan
     
    • Kalau nak buat ini resepnya Grill Lamb


      Bahan-bahan


      3 kambing bahagian bahu
      1 sudu bawang kisar
      1 sudu bawang putih kisar
      1 sudu halia kisar
      1 sudu makan cili menyerpih (chili flakes)
      ¼ sudu kecil serbuk ketumbar
      ¼ sudu kecil serbuk jintan putih
      ¼ sudu kecil serbuk jintan manis
      1 sudu besar madu
      1 sudu besar sos tomato
      1 sudu besar cili sos
      1 sudu besar sos masam manis
      1 hirisan lemon diperah ambil jus
      Lada hitam dikisar kasar
      Garam
      1 sudu minyak Zaitun
      Minyak untuk mengoreng

      Cadangan sayuran yang dipanggang bersama daging kambing.
      Kentang dipotong wedges
      Lobak dipotong menyerong
      Bawang di belah empat
      Capsicum dipotong memanjang

      Langkah-langkah

      1. Campur semua bahan dan perapkan dengan daging kambing selama 1 jam.
      2. Susun daging yang diperap di atas dulang pembakar. Susun sayur-sayur yang digunakan diantara susunan daging kambing.
      3. Masukkan dulang ke dalam ketuhar pada suhu 250 darjah Celsius selama 45 minit hingga 1 jam.
      4. Setelah masak, dihidang dengan sayuran dan sos yang dipanggang serta sos lada hitam.

Thursday, March 8, 2012

SERI MUKA

Salam Semua,
 
SERI MUKA

BAHAN A (LAPISAN BAWAH )
2 CAWAN BERAS PULUT
2 1/2 CAWAN SANTAN CAIR DARI 1/2 BIJI KELAPA
1/2 SUDU TEH GARAM
...

BAHAN B (LAPISAN ATAS -HIJAU)
2 CAWAN SANTAN PEKAT
1/2 CAWAN AIR TAPISAN DAUN PANDAN (BLNDER HALUS DAN TAPIS)
1 SUDU TEH PEWARNA HIJAU
1/2 CAWAN GULA
1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 SUDU MAKAN TEPUNG KASTARD
2 BIJI TELUR (asal 1biji je)
1 SUDU TEH GARAM

CARA MENBUAT
1. BASUH PULUT DAN RENDAMKAN BEBERAPA JAM SEBELUM DI MASAK
2.MASUKKAN BAHAN A KEDALAM LOYANG KUKUS SEHINGGA MASAK
3.LAPIKKAN PALSTIK KE DALAM LOYANG BULAT ATAU 4 SEGI 8 INCI
4.TEKAN PULUT YANG TELAH MASAK SUPAYA MANPAT DAN CANTIK
5.MASUKKAN BAHAN B KE DALAM MANGKUK DAN KACAU RATA.KEMUDIAN TAPIS
6.MASUKKAN KE DALAM PAN NON-STICK PANAS KAN SEKADAR SUAM2 KUKU SAJA
7.TUANG PERLAHAN LAHAN DIATAS PULUT TADI
8.KUKUS BALIK SELAMA 30 MINIT API SEDANG
9.SEJUKAN SEBELUM DI POTONG DAN DI HIDANG KAN
9.TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
See more

PIZZA IKUT SUKA

Salam Semua,
pizza ikut suka hati hehehehehe

bahan2
doh pizza
sos pizza
... cheese
tuna,sosej,fishball
bawang besar,lada besar
(semua bahan2 ni aku ikut suka jak letak x pakai ukuran)

cara2
letakkan doh pizza d acuan tuk bakar pizza
letakkan semua bahan2 tuk pizza
kemudian bakar hingga masak
(maaf ya klau resepi x memuaskan
sebab aku main campak2 jak)

SWEET N SOUR FISH

Salam Semua,
sweet n sour fish,,,


bahan2
ikan sulit atau kerapu
... tepung jagung n gandum
bawang merah n putih
sos cili n tomato
jus limau kasturi
gula,garam
bawang besar
minyak untuk menggoreng n menumis

cara2
salutkan ikan dengan tepung jagung n gandum
lepas tu goreng hingga kekuningan angkat dan ketepikan
2.tumis bawang putih n merah,masukkan sos cili n tomato
masukkan jus limau ikut ,, masak hingga pecah minyak
3.klau sdah pecah minyak naikkan bawang besar n ikan
yang d goreng tadi, gaul hingga sebati kemudian angkat sedia untuk d hidangkan

ROTI CANAI GORENG SPECIAL

Salam Semua

‎1/3/2011
Sarapan kami.........ROTI CANAI GORENG SPECIAL

BAHAN
roti canai yg di goreng saparuh masak dan digunting kecil2
... *cili kering - kisar
*bawang besar - kisar
*bawang puteh - kisar
serbuk ayam (kalau bbh seafood tak payah taruk ini)
tomato sos
garam
gula
seafood kegemaran ( sy tak masukkan sbb anak2 tak suka)
sawi dn taugeh

Goreng saperti menggoreng mee.
Pecahkan telur di dalam.
See more

DAGING MASAK KARI

Salam Semua.
( group REks )
‎29/2/2012
DAGING MASAK KARI - cara sy

1/2 kilo daging - di potong kecil2 dan di bersihkan lalu di lumurkan dng baking powder dan ketepikan

... Bahan yg perlu di kisar
2 biji bwg besar
3 ulas bwg puteh
2 ptg halia
1 btg serai .. di hiris

1 sdt serbuk ayam
3 sdm rempah kari daging
kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
daun kari
bawang goreng

Cara..
Tumis 3 rempah sekawan...masukkan daun kari... naik bau baru masukkan bahan kisar ... di tumis hingga garing... kemudian masukkan daging dan serbuk ayam dan serbuk kari... di gaul rata...tumis hingga garing masukkan sadikit sahaja air... tumis hingga keluar minyak baru masukkan air dan biarkan daging empuk...bila daging dah empuk baru masukkan 2 sudu besar bawang goreng...biarkan sabentar.. baru matkan api.
See more

AYAM HALIA MADU

Salam Semua
 
AYAM HALIA MADU
Bahan-bahan
4 ketul potongan ayam
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
... garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit gula
Sedikit air

Bahan hiris
1 labu besar bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 biji cili merah

Cara:
1. Tumis bahan hiris hingga sedikit garing
2. Masukkan ayam, gaul rata.
3. Masukkan sedikit air, gaul
4. Masukkan sos tiram, garam, gula dan madu. Kacau hingga sebati
5. Biarkan hingga kering dan kacau sehingga ayam bersalut dengan madu. Angkat.
See more

APAM NASI/ENO

Salam Semua
( Group REks )
‎7/3/2012
Utk minum ptg hari ini - APAM NASI / ENO - Rohana Sulaiman

Adunan A
*2 cawan nasi
... *3 cawan air
*1 pkt yis instant
kesemua yg bertanda*......di blender halus sehalusnya

1 pkt eno

Adunan B
*2 cawan tpg beras
*2 cawan tepung gandum
*2 cawan gula

campurkan kesemua bahan B dan sebatikan ka dlm adunan A dan tapis.... lepas tu diperap selama 3 jam.
Panaskan kukusan..... adunan di bahagi 4... terpulang pd anda sama ada nak bbh warna atau tidak.
Apabila air kukusan sudah betul2 panas...ambil satu adunan bbhkan sadikit eno ......1/2 sdt lalu madukkan ke dlm adunan yg bakal di kukus ... kacau rata2 dan masukkan dlm mangkuk2 kecil lalu di kukus 10 minit....
buat begini utk yg saterusnya.

SARDIN VIETNAM

Salam Semua
Sardin Vietnam ,,
1 tin sardin cap ayam.
1,batang timun, bawang besar 3 biji dihiris, cili merah 4 biji dihiris, cili padi 10 tangkai dibelah dua,halia muda 1in dihiris , limau sambal 6 biji, 1 sudu cuka, garam , perasa, gula 2,kicap manis cap kipas 6 sudu,
Sardin dimasukan kedalam mangkok besar ,masukan bawang besar yg dihiris, halia, cili merah,cili padi, gula, garam,perasa, limau dibelah 2 , abil air limau, masuk cuka Dan kicap, timun potong dadu, masukan semua sekali Dan Gaul.bayar sardin tu hancurkan ,.dan makan nasi lagi panas.selamat mencuma.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...