Pages

Followers

Sunday, May 6, 2012

Macaroni Keju Bakar

Muhamad Khair Hasan 
Kepada yang nak cuba ini resepi Macaroni Keju Bakar

Bahan-bahan

1 cawan macaroni, rebus dan toskan
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung
2 cawan susu segar UHT
Herba campuran
Garam
Lada hitam
2 cawan keju cheddar yang disagat
3 kepingan keju

Langkah-langkah

1. Panaskan oven pada suhu 170 – 200 darjah Celsius.
2. Macaroni direbus dan ditoskan, ketepikan.
3. Cairkan mentega dalam kuali sos pada api sederhana. Masukkan tepung dan kacau supaya bergentel
4. Masukkan susu dan masak sehingga pekat, masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
5. Masukkan keju cheddar dan kacau sehingga cair. Selepas itu masukkan macaroni.
6. Tuangkan campuran ke dalam bekas untuk dibakar. Tutup bahagian atas dengan kepingan keju. Bakar selama 20 minit.
7. Boleh digantikan keju cheddar dengan keju mozzarella atau keju swiss mengikut kesukaan.
Silakan cuba...





Timun sumbat..


Timun sumbat..
Bahan A:
Timun(dibuang isi dlm)
bwang besar
bwang putih
santan
garam+gula+kunyit
Bahan B:
*isi udang
*kelapa(kelapa yg muda lg bagus)
*jintan manis+putih(secubit)
*bwang mrah+putih
*cabai mrah
*gram+gula...
yg tand BINTANG* ditumbuk lumat...
telur(lagi bagus klu dpat telur ayam kampung)...
1_Bahan yg ditumbuk,pecah telur gaul skata..
2_bubuh dlm timun dah jng lupa bt penutupnye skali agar isi x terkeluar nanti..
3_rebus timun td dng air dahulu jng bnyak air tu agak2 setegah cawan utk lmbutkannye
4_bila dah lmbut br bubuh santan,bwang besar+putih+garam+gula+kunyit=masak dlm 5minit jng sampai pecah santan..
SELAMAT MENCUBA..

Chocolate tweed angel food cake with cream cheese frosting..


Chocolate tweed angel food cake with cream cheese frosting...

http://mybakingworkshop.blogspot.com/2012/05/chocolate-tweed-angel-food-cake-with.html


Chocolate tweed angel food cake with cream cheese frosting

Bahan2 cake:
A
1 2/3 cups cold egg whites (lebih kurang 11-12 biji telur)
1 tsp cream of tartar
1/2 cup caster sugar

B
1 cup superfine flour
1/2 cups icing sugar
1/4 tsp salt

C
1 tsp vanilla essence
1 cup finely grated dark chocolate

Cream cheese frosting:
250g cream cheese, room tempreture
1 tsp vanilla essence
60g icing sugar, sifted
180ml cold heavy cream

Cara2 membuat kek:
1. Panaskan oven pada suhu 160 C.

2. Masukkan putih telur dalam bekas yang besar.

3. Ayakkan bersama bahan2 B. Ketepikan.

4. Kemudian, pukul putih telur dengan kelajuan sederhana hingga berbuih. Masukkan cream of tartar, pukul lagi hingga bertanduk. Masukkan pula gula & pukul sebati.

5. Kemudian, masukkan bahan2 C. Pukul sebati ( sekejap saja).

6. Dengan menggunakan spatula, masukkan 1/4 campuran tepung & kaup balikkan perlahan-lahan. Ulang hingga semua campuran tepung telah di masukkan kedalam adunan.

7. Tuang dalam loyang chiffon 10 inci yang tidak di griskan. Bakar selama 40 -45 min atau hingga masak.

8. Bila kek masak, segera terbalikan atas wire rack & biarkan sejuk sepenuhnya baru keluarkan dari acuan.

Cara2 membuat cream cheese frosting:
1. Pukul cream cheese hingga lembut & licin.

2. Masukkan vanilla & gula, pukul lagi hingga lembut.

3. Masukkan heavy cream sedikit demi sedkit & pukul hingga pekat atau mencapai konsistensi yang dikehendaki.

Cara2 menyusun kek:
1. Guna serrated knife, belah separuh kek .

2. Letakkan lapisan kek yang pertama atas cake board, sapukan cream cheese frosting. Letakkan pula lapisan kedua & sapu tipis cream cheese frosting keseluruhan kek. Pipe kan lebihan cream cheese frosting ikut bentuk kesukaan & kreativiti masing.

3. Hiaskan dengan sedikit coklat chips. Sejukkan 1/2 jam sebelum di hidang.

doh roti naik


resepi doh roti naik dipelbagaikan rupenyer
http://syakitchen.blogspot.com/2012/05/mix-vege-sosej-bun.html


bahan A:satukan biar naik berbuih
1 paket yeast 11gm
1/2 cawan air suam
1 sb gula
1 sb tepung gandum

bahan B:
2 sb mentega -dicairkan

bahan C:dilarutkan tuk dijadikan sirap gula
1 cawan gula(sha guna 1/2 cawan je..dah manis)
1/2 cawan air panas

bahan D:
3 cawan tepung gandum + 1 cawan

cara-cara:
1)masukkan 3 cawan tepung dalam bekas..buat lubang ditengahnya dan masukkan bahan A,B,C uli
2)baki tepung 1 cawanboleh digunakan sedikit demi sedikit semasa menguli sehingga doh tak lekat ditangan..tak perlu habiskan tepung.
3)biarkan 1 jam atau naik
4)tumbuk2 doh buangkan angin uli dan bentuk je roti apa yang kita suka...


**doh roti ni macam2 rope bentuk roti boleh buat..tambah je inti apa kita suka..jadik je..

acar ikan berempah


acar ikan berempah
bahan
3keping ikan tenggiri, sy guna ikan kembung
(goreng garam kunyit)
3ulas bwg putih
5biji bwg merah di blender
sedikit rempah campur(halba biji sawi jintan)
sedikit halia dimayang
beberapa helai daun kari
1 paket rempah kari ikan
cuka,gula garam dn perasa
hiasan
fish ball dihiris
bwg besar mayang bulat
cili hijau dn merah dihiris

panaskan minyak, tumis rempah campur dn halia , masukkan bwg blender, kacau hingga naik bau, masukan rempah kari, agak2 pecah minyak sedikit, masukan sedikit air, cuka dn bhan perasa yg lain. masukan ikan, dn bhn hiasan....
 — with Rohaya Abd Ghani.

-kek sarang semut/gula hangUs-Miz Kema


jUst sharing..

-kek sarang semut/gula hangUs-

2 cup gula
1 cup air panas
125gm butter

*masak gula sehingga perang/sdkt gelap..masukkan air panas+butter..sejukkan..

7 biji telur gred B
2 ½ cup tepung kek/tepung gandum+2tsp baking p0wder
4tsp s0da bicarb0nate
2 cup susu pekat
1 cup susu cair
2tsp esen vanilla

-putar telur+esen sehingga kembang/putih..
-masukkkan susu pekat putar sebati
-masukkan tepung yg diayak bersama s0da selang seli dengan susu cair
-masukkan caramel dan kacau sebati..
-perap 3-4 jam utk sarang yang penuh..
-panaskan 0ven 180c..
-bila masukkan l0yang kek guna suhu bawah 180 dan suhu atas 160 selama 45 minit..
-selepas 45 minit..guna suhu 170-175 selama 15 minit..

**suhu bergantung kepada jenis 0ven..

Pajeri udang....


Pajeri udang....

http://mybakingworkshop.blogspot.com/2012/05/pajeri-udang.html


Pajeri udang

Bahan2:
1 paket kuah pajeri BRAHIMS
1 tin nenas yang dipotong kiub (jgn buang airnya)
1/2 kotak kecil santan pekat
1/2 biji lada benggala, potong sederhana besar
1 paket jagung muda, belah separuh
20 ekor udang bersaiz sederhana besar
Sedikit garam

Cara2:
1. Dalam kuali, satukan kuah pajeri BRAHIMS & nanas bersama dengan airnya. Biarkan mendidih.

2. Masukkan lada benggala & jagung muda. Biarkan mendidih sekejap hingga sayur agak lembut.

3. Kemudian, masukkan udang & santan. Kacau sebati & biarkan lagi sebentar. Tambahkan garam sedikit jika suka.

4. Matikan api, angkat & hidangkan.

ROTI JALA


ROTI JALA
http://rohaisha.blogspot.com/2012/05/roti-jala.html

resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 cawan santan
1/4 sudu kecil garam
1 biji telur
1sudu besar minyak masak
marjerin | untuk lenserkan kuali

Cara:
1.Satukan kesemua bahan kecuali marjerin dalam satu bekas, kacau menggunakan whisk hingga sebati.
2.Tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian,titiskan warna kegemaran.
3.Masukkan adunan dalam botol muncung.
4.Panaskan kuali dan lenserkan dengan marjerin.Picitkan adunan atas kuali mengikut corak disukai / secara berslang seli.
5.Lipat bahagian kiri dan kanan roti jala,kemudian gulung.

Kari Ayam Roti Jala
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 bahagian ayam | potong kecil
3 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1cm halia | kisar
1/2-1 kentang | potong dadu
2 sudu besar serbuk kari *
1 sudu kecil serbuk cili * | dibancuh bersama dgn sedikit air
2 tangkai daun kari
1 kiub ikan bilis knorr
1/2 cawan susu cair
1 1/2 air
1 kuntum bunga lawang
3cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar dan daun kari hingga layu.Masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.Biarkan hingga naik minyak.Masukkan juga bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.Seterusnya masukkan kiub bilis knorr, ayam dan ubi kentang.Kacau dan masukkan air.Biarkan mereneh sehingga kentang empuk.
2.Setelah ayam dan kentang empuk, masukkan susu cair dan renehkan seketika.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3.Tutup api.

Masak Lemak Cili Padi Daging Dengan Sukun

Muhamad Khair Hasan Kak Jie Jie, ini dia resepi Masak Lemak Cili Padi Daging Dengan Sukun

Bahan-bahan

300 gm sukun yang diambil isi
300 gm daging dipotong nipis
Santan kelapa dari satu biji kelapa
1 helai daun kunyit – separuh dikisar dan separuh dimasuk ke dalam kuah
1 batang serai dititik
Garam
Gula
Asam keping
Air

Bahan dikisar

10 tangkai cili padi
10 cm lengkuas
10 cm halia
5 cm kunyit hidup
3 inci daun kunyit
1 batang serai
75 gm ikan bilis

Langkah-langkah

1. Dalam periuk masukkan air lebih kurang 1 liter. Masukkan daging dan rebus sehingga empuk.
2. Rebus sukun yang telah diproses sehingga lembut. Pindahkan sukun yang telah empuk ke rebusan daging.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Masukkan asam keping
4. Selepas itu masukkan santan sedikit demi sedikit.
5. Setelah semuanya sebati, kacau dan masukkan garam, gula dan daun kunyit yang diricik.
6. Setelah mendidih matikan api dan siap untuk dihidang.

tepung goreng ala2 roti puri..


kari ayam mkn ngn tepung goreng ala2 roti puri...
gn jer yg bhn yg ada kat umah..kes malas nk gi kedai..

bhn2 tuk tepung goreng..(agk2 jek..xde sukatan..)
tepung gandum,air yg dicampur garam,soda bicarbonat sedikit jer..gaul sebati..pastu masukan 2 sdb majerin..uli hingga sebati..ala2 kulit karipap..
biarkan sbntar..pas tu bulat2kan dan leper atas yapak tgn jer..gorenggg....siram2 minyak panas atas tepung tu jadilah gelembung..cicah ngn kari memang x hengattt..hehehe..

Spicy lentil


malam nie makan Roti putih nagn Spicy lentil( resepi asal tak pedas~~lidah melayu dong^^ tambah cili) Peruvian food(given from my friend from Peru ,Jose Luis)

1 cawan lentils (bahasa melayu Biji sayuran)
1 biji tomato potong lapan
1 biji bawang besar cincang
1/2 dasing kisar
sedikit lada hitam (halus)
garam secukupnya
4-5 sudu pes cili

cara buat:

rebus lentils sampai lembut.ketepikan.
tumiskan bawang kekuningan kemudian pes chili agak cili masak ..masukan lentil dan daging kisar separuh( 1 tiub ramlee tu bahagi dua)
masak sampai daging masak.masuk garam,sedikit lada sulah. sedia hidang nagn roti.

ICE CREAM HOMEMADE


ICE CREAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
1 tin susu pekat manis
2 tin air masak(sukat guna tin susu)
1 sudu besar ovallet
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko
Pewarna merah jambu
Sedikit perisa strawberry
CARA MEMBUATNYA
Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk
Masukkan tepung jagung,kacau rata(tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)
Kacau atas api hingga agak2 tepung tadi masak(kacau sekejap je,tapi saya kacau hingga mendidih sikit)
Angkat adunan tadi dan masukkan dalam mangkuk besar(kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul).Sejukkan dahulu
Apabila dah sejuk,tambahkan ovallet dan esen vanilla
Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi(high speed).Pukul hingga gebu dan ringan
Mula-mula adunan tu sikit je,lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek,sedikit likat
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(ikut suka nak buh berapa warna dan perisa)saya bahagi 3 bahagian
Satu adunan dibiarkan asal/plain(perisa vanilla)
Satu adunan bubuh perisa strawberry dan pewarna pink/merah jambu(perisa strawberry)
Satu adunan lagi bubuh serbuk koko(perisa coklat)
Saya bancuh serbuk koko dengan sedikit air panas,pastu masukkan dalam adunan dan pukul dengan mixer sekejap
Pastu boleh le dicorakkan aiskrim tu cam nak buat marble tu,tuang secara berselang-seli sehingga habis
Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais
Laraskan suhu paling maksimum supaya aiskrim cepat beku
Bila dah beku/keras boleh la dinikmati..

Potato omelette...


Potato omelette...

http://mybakingworkshop.blogspot.com/2012/05/potato-omelette.html#links

Potato omelette

Bahan2:
2 biji ubi kentang - saiz sederhana besar
3 biji telur gred A
Garam & serbuk perasa secukupnya

Cara2:
1. Potong ubi kentang tipis2 & memanjang.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, jangan terlalu banyak. Goreng ubi kentang tadi hingga keperang-perangan.

3. Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan garam & serbuk perasa secukupnya. Pukul sebati.

4. Tuang telur yang telah dipukul di atas ubi kentang yang di goreng tadi. Biarkan sekejap hingga keperang-perangan di bahagian bawah baru terbalikkan. Hidangkan panas2.

TELUR DADAR Jamaliah


Kalau sibuk dan kesuntukan masa, saya selalu buat TELUR DADAR ni. Mudah, pecahkan beberapa biji telur, masukkan bawang merah yg telah direncis halus, rencisan cili hidup dan sedikit bilis yg telah ditumbuk tetapi tidak terlalu lumat. Sedikit sahaja garam dan pukul telur hingga agak kembang. Lebur dlm frying pan yg telah diletakkan sedikit minyak masak, butter atau mentega....

Biskut rosemary..


Biskut rosemary....sedap, lain dari yg lain : )

http://mybakingworkshop.blogspot.com/2012/04/biskut-rosemary.html


Biskut rosemary

Bahan2:
250g mentega
30g shortening
180g gula kaster
360g tepung gandum - diayak
120g tepung jagung - di ayak
90g serbuk badam
1 tsp herba rosemary kering - di kisar/ di cincang halus
1 biji kuning telur - untuk sapu atas biskut
Sedikit rosemary untuk tabur atas biskut

Cara2:
1. Pukul mentega, shortening & gula hingga kembang.

2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk badam & rosemary. Gaul adunan hingga sebati & rata.

3. Canaikan lebih kurang 1 cm tebal. Terap menggunakan acuan kesukaan & susun atas dulang pembakar.

4. Sapukan kuning telur atas biskut & taburkan sedikit rosemary atasnya.

5. Bakar pada suhu 170 C selama 15 - 20 min atau hingga masak. Bila biskut sudah masak, sejukkan sepenuhnya baru simpan dalam bekas kedap udara.
 

Strawberry layerd cake



  • Strawberry layerd cake

    Bahan-bahan ( Saiz kek (8 x 8 x 3) inci )

    BAHAN2 UNTUK KEK:-
    5 biji telur Gred A
    160 g gula
    125 g tepung gandum*
    1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
    75 g minyak jagung
    15 g ovallate
    1 camca teh paste pandan
    2 camca besar susu segar/cair
    BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
    1050 g santan
    225 g gula
    10 g serbuk jelly
    1 camca teh paste pandan
    100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
    75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
    Secubit garam


  •  cara2
    bhan2 tuk kek pkul hingga gebu pastu bakar suhu 160'c 50min.
     pandan paste tu tuka strowbery emulco...
    jus pandan plak tuka ngan susu segar...
    untuk kstrd plak ...msk hingga pekat..
    pastu lapiskn pd kek..

Kerepek Coklat.


Kerepek Coklat...sedap ngunyah sambil nengok tv...
utk step by step klik sini; http://dapur-mamasya.blogspot.com/2011/10/kerepek-coklatjom-tengok-cara.html
Kerepek Coklat
Resepi; Dapurmamasya

Bahan
1 kg tepung gandum
3 sudu makan gula biasa
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur
4 sudu besar butter - suhu bilik
2 1/3 (500 ml) air campur 1 sudu kecil garam - kacau

Cara
1.Campurkan tepung gandum,gula, telur dan butter. Kacau rata .
2.Masukkan air sikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. doh lembut sedikit dari doh kulit karipap.
3.Ambil anggaran 1 cwn adunan dan campurkan dgn serbuk koko. Uli hingga serbuk koko rata.
4. Canaikan sedikit adunan asal tanpa warna. canaikan pula sedikit adunan coklat. letakkan lapisan adunan warna coklat di atas lapisan asal.Jika mahu corak rintik2, buat lapisan coklat memanjang mcm batang pensil dan disusun atas lapisan asal.Ulang buat sehingga adunan habis...dpt beberapa gulung.
5.Gulung adunan kemas-kemas.
6.Potong tipis2 adunan.adunan yg telah dipotong jgn ditindankan..susun sekeping-keping dlm dulang yg besar.
7.Setelah siap bolehlah digoreng dgn minyak yg byk.sejat.siap utk dimakan.

Chocolate orange cheese tart...


Chocolate orange cheese tart...

http://mybakingworkshop.blogspot.com/2012/03/chocolate-orange-cheese-tart.html

Chocolate orange cheese tart

Pastry:
150g cold butter
50g gula kastor
2 biji kuning telur
1 tsp vanilla Essence
250g tepung gandum

Filling:
250g cream cheese - room tempt
50g mentega - room tempt
60g gula aising
1 biji telur grade A
1 tbsp orange / lemon juice
100g cold heavy cream
40g melted chocolate untuk hiasan (ble ganti guna inti blueberry,strawberry atau kiwi)

Cara2 membuat pastri:
1. Pukul mentega sejuk bersama gula sampai lembut. Masukkan kuning telur & pukul lagi.

2. Kemudian, masukkan tepung & uli sampai jadi doh. Kalau doh masih melekat, masukkan dlm peti sejuk 20 minit.

3. Ambil sedikit doh & bentukkan dgn kemas dlm acuan tat. Buat hingga habis & bakar dlm oven yg telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 160°C selama 10min atau sampai kekuningan. Keluarkan & sejukkan sekejap.

Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese, mentega & gula aising sampai gebu. Perahkan jus oren/lemon & pukul lagi. Masukkan telur & gaul hingga sebati, kalau adunan agak berair, jgn risau ketepikan dahulu adunan sebentar (adunan cair sbb jus lemon tadi).

2. Dlm mangkuk besar yg lain, pukul cold heavy cream sampai kembang . Campurkan kedlm adunan tadi. Selepas mencampur adunan akan pekat & berkrim semula.

3. Guna piping bag dgn nozzle & paipkan inti kedalam kulit pastry yg dibakar tadi. (Ble jgk guna sudu biasa).

4. Masukkan tart dlm oven oven & bakar selama 15 minit atau sampai inti cheese tu kembang tapi jgn sampai merekah. Apabila masak, sejukkan dulu baru paipkan coklat cair di atasnya. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam.
 

Orange muffin.


Orange muffin...

http://mybakingworkshop.blogspot.com/2012/04/selamat-malam-semua-baking-apa-hari.html


Orange muffin

Bahan2:
1 cup fresh milk
1/2 cup orange juice
1/2 cup yogurt / sour cream
2 biji telur gred A
226g melted butter
3 1/2 cup tepung gandum
180g gula
1 1/2 tbsp baking powder
1 orange zest

Inti:
Orange filling

Cara2:
1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Susun muffin cup dalam muffin pan.
2. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan fresh milk, orange juice, yogurt / sour cream, telur, orange zest & melted butter. Gaul sebati.
3. Dalam mangkuk besar yang lain, satukan tepung, gula & baking powder. Gaul rata.
4. Campurkan adunan basah kedalam adunan kering. Gaul sebati.
5. Tuang sedikit adunan 1/4 penuh kedalam muffin cup yang di sediakan, masukkan 1 tsp orange filling. Kemudian, tuang lagi adunan hingga 3/4 penuh.
6. Bakar pada suhu 160 C selama 15 min atau hingga muffin masak. Sejukkan atas wire rack.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...