Pages

Followers

Sunday, August 12, 2012

BISKUT MAZOLA BODY BARU

pertama kali tekan samperit. guna acuan tekan yg plastik tu jer.. dan ini bkn samperit tp sekut masola. akak tukar bodinya jer...hancus bila masuk mulut.
biskut mazola ala kak jie jie
bhn
4 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula ising..kalu nk manis leh tambah
3/4 peanut butter
1 cwn minyak mazola
ceri merah sbg hiasan
cara
satukan minyak dan gula. gaul sebati. masukan peanut butter. gaul sebati. kmdian masukan tepung. gaul jd doh. masukan dlm acuan samperit. hiaskan dgn ceri. bakar

Sup Tulang Siam

Sup Tulang Siam utk seisi keluarga...
Sumber; Periuktanah.blogspot
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 kg tulang rusuk dipotong kecil- guna tulang biasa
200 gm daging campur (yang segar ye..)
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus- mama tumbuk
2 ulas bawang putih dihiris halus- mama tumbuk
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak ada
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8
daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa.
2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.
4. Tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam.

IKAN MASAK MASAM MANIS

IKAN MASAK MASAM MANIS
2 ekor ikan(tk pa la ikan apa pun)
5 bj cbai hidup yg merah
2 ulas bwg putih
2 labu bwg bsr
minyak msk
sos cili n sos tomato
grm gula n perasa
air secukupnya
Ikan d greng.Cbai hidup,b.putih n 1 labu bwg bsr d kisar hlus.Tumis dlm minyak yg pns smpai pch minyak...msukkan sos cili n sos tomato(yg ni main agk2 je),tmbh grm,gula n perasa lain(ikut suka)...sesedap rasa.Klu pekat tmbh air ye...1 labu b.bsr lg potong bulat...dimasukkan..agk layu ckit bleh ttup api....curahkan kat sepsg ikan tu...okey.

COKLAT BLACKCURRANT

Sabariah Bahasar COKLAT BLACKCURRANT

500g coklat
50g cocoa butter
double boilkan hingga cair


blackcurrant
100g susu tepung
gaulkan sebati dan tuangkan kedalam coklat
kacau dan sudukan kedalam acuan

COKLAT MILO BLACKCURRANT

Sabariah Bahasar COKLAT MILO BLACKCURRANT

500g coklat
50g cocoa butter
doubleboilkan hingga cair


150g milo
60g susu tepung
blackcurrant
satukan dan masukkan kedalam coklat bila coklat mencair.

kacau dan sudukan kedalam acuan

SWEETSOUR IKAN BARAT

Seekor ikan barat
2 biji bawang putih - dicincang halus
5 biji bawang merah - dicincang halus
8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
2 biji tomato - dipotong dadu
2 kerat nenas - di potong dadu
sedikit bebola ikan dipotong dua
2 sudu cili boh
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Sedikit daun sup
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
Minyak
Cara-cara

Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun sup.....

BISKUT BUAH KANA

‎12/8/2012 -
BISKUT BUAH KANA - cara Rohana Sulaiman
(resepi dari buku masak Mami Asmah .. tapi ada yg sy ubah ikut bahan yg ada dlm rumah)

Bahan

250 gm mentega
150 gm brown sugar atau gula perang
100 gm hawflakes - kisar

200 gm tpg gandum

200 gm tpg naik sendiri
50 gm tpg jagung
(ketiga2 tpg ini di ayak)
50 gm serbuk badam / kacang hazel
2 bj kuning telur


Utk krim

150 gm gula icing
40 gm mentega
1/2 sdt esen lemon (sy tambah)
5 sdm serbuk hawflakes (sy tambah)
(ada bahan yg sy keluarkan)

Cara

Pukul mentega dan gula perang hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul hingga rata. Masukkan hawflakes dan serbuk badam dan kacau hingga rata. Masukkan tepung yg di ayak tadi sadikit demi sadikit dan kacau sahingga menjadi doh. Bentukkan dng mengguna acuan bentuk kana.. tekan supaya mampat dan ketuk sahingga tanggal dan bakar - 150*C.
Sejukkan sabelum disapu cream

Cara membuat cream

Gula icing dan mentega di gaul rata sahingga sabati. Masukkan esen lemon dan serbuk hawflakes dan gaul rata

BISKUT CHOC NUTS

‎12/8/2012
BISKUT CHOC NUTS - Rohana Sulaiman

Bahan
250 gm mentega
300 gm tpg gandum
200 gm top flour
2 bj kuning telur
4 sdm susu tepung
sagenggam badam cincang.. bakar kejap
150 gm gula icing
25 kpg cokelat cadbury yg kecil
vanilla essence

Utk filling
sacukup milk chocolate dan dark chocolate yg di cairkan utk cream
tengah

Cara
Telur, gula, mentega, susu tepung, badam kisar, gula icing digaul hingga rata. Masukkan chocolate cadbury yg sudah lembut dan kacau hingga coklat cair dan rata. Masukkan top flour dan tpg gandum di gaul hingga menjadi doh. Bulat2 kan mcm guli dan bakar hingga masak... 150*C.
Bila sejuk baru sapukan cokelat yg sudah di cairkan dan lekatkan dng sakeping lagi biskut.

mini oreo cheesecake

mini oreo cheesecake
25g butter
250g cream cheese
60g gula icing
1 biji telo
1 st lemon juice
1 pkt oreo
cara2
1.pukul sume bhn2 hingga sebati..
2.susun oreo dlm pappercup..
3.tuang adunn cheese..
4.bako suhu 180'c selama 20min

SAMBAL TUMIS DAGING

SAMBAL TUMIS DAGING : 1/2 kg Daging dipotong nipis. 3 labu bawang besar (satu dipotong utk masuk last)+4 ulas bawang putih+cili kering (ikut kepedasan masing2)+3 batang serai+sedikit belacan. Kesemua bahan2 ini dikisar halus. Masukkan minyak utk menumis kedalam kuali, masukkan kesemua daging tadi dan kacau seketika, terus masukkan bahan2 kisar tadi terus kacau hingga daging kering air...masukkan 2 atau 3 helai bay leaves utk mempercepat daging empuk. Jikalau daging masih keras, masukkan air sedikit2. Tambah garam, sedikit gula dan sedikit asam jawa.....masukkan bawang besar potong dan kacau hingga masak

Saturday, August 11, 2012

Samperit Coklat

Testing2!!!!....


Samperit Coklat

Adunan percubaan..(60-70 pcs)

125gm buttercup

1/2 cawan dadih gula icing

1/2 penutup esen vanilla
1/2 biji kuning telur
150gm tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum(guna cawan yg sama)
3 sudu penuh tepung jagung
1 sudu mkn serbuk koko
Jelly tip untuk hiasan

gaul butter dgn gula hingga sebati,masukkan telur dan esen vanilla,masukkan serbuk koko,tepung kastad,tepung gandum,tepung jagung(kalu adunan lembik ker apa ker,pandai2 adjust yer)...bakar selama 15-20 minit mengikut oven masing2....suhu saya main agak jer yer sebab guna oven yg letak atas dapur tue(Butterfly)...Selamat mencuba!!!

DADAR TELUR ASIN

DADAR TELUR ASIN (Iham dari sis Sabariah Bahasar) Ning dia dadar yg menggunakan campuran telur asin dan telur biasa. Instead of kukus, saya buat spt buat telur dadar. Bahan : 3 biji telur asin, 3 biji telur ayam biasa, bawang besar dimayang halus, cili merah
dimayang, daun kunyit dimayang, sedikit daun selasih. Cara : pecahkan kesemua telur dalam bekas. Pukul telur agar sedikit kembang. Masukkan kesemua bahan2 hirisan tadi dan kacau sebati. Masukkan kedalam cooking pan yg telah disapu sedikit minyak. Tuang rata adunam tadi dan tutup cooking pan. Masak diatas api perlahan.....cucuk utk pastikan telur betul2 masak....voila sedap dimakan bersama nasi. Thank you sis Sabariah Bahasar.

KUAH KACANG UTARA,

KUAH KACANG UTARA, resepi turun temurun keluarga
http://sajiandapurbonda.blogspot.com/2012/08/kuah-kacang-utara.html

Bahan-bahannya:
5 cawan kacang tanah yang telah dikisar kasar - Kak Noor beli yang telah siap dikisar
2 batang serai - dititik
*3 sudu besar gula perang atau gula merah
3 sudu besar gula putih
3 keping asam gelugor (asam keping)
¼ cawan pati santan atau ¼ cawan susu sejat
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk perasa – jika suka
¾ cawan marjerin
¼ cawan minyak kelapa

Bahan-bahan B (Digoreng kering tanpa minyak dan kemudian dikisar):
100 g cili kering
8 batang serai – dihilis halus
2 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 inci halia
2 inci lengkuas
½ inci belacan
Air secukupnya untuk mengisar

Penyediaan Bahan-bahan B:
1. Cili kering dipotong kecil dan kemudian direbus ataupun direndam dengan air panas sehingga lembut. Kemudian dibasuh. Semasa membasuh, ramas cili kering supaya bijinya keluar. Kemudian toskan.
2. Semua bahan B digoreng kering terlebih dahulu di dalam kuali sehingga naik bau lebih kurang 15 minit.
3. Masukkan bahan B di dalam blender bersama air secukupnya. Kisar sehingga semua bahan menjadi halus.

Cara-cara membuat kuah kacang:
1. Panaskan marjerin dan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B yang telah dikisar sehingga naik bau dan terbit minyak.
2. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
3. Kemudian masukkan gula perang, gula putih, garam, serbuk perasa, asam gelugor, dan serai. Kacau rata sehingga semua bahan mesra.
4. Selepas itu bolehlah dimasukkan kacang tanah kisar dan kacau rata. Masukkan pati santan dan juga air secukupnya. Kuah kacang mestilah jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Masak sehingga kuah mendidih.

*Kuah kacang akan menjadi warna merah gelap sekiranya kita gunakan gula merah, tetapi sekira digunakan gula perang, warna kuah kacang akan berwarna merah terang.

HEAVENLY MILO & OREO JELLY

Sila mencuba utk Iftar petang nie... siapa tak buat rugi... ^_~

RESEPI HEAVENLY MILO & OREO JELLY


Bahan-bahan


1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
750ml air
160g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich

Cara-cara


1 Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.

2 Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
3 Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
4 Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.

Tips Melapis :


1 Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.

2 Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
3 Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.

PUDING NANAS

BUAT DESSERT BUKA POSA PETANG NIE... OK TAK... ^_~
jom kita try ...

PUDING NANAS

Bahan-bahan:

1. 1 pkt Serbuk agar-agar
2. 1 liter Air @ 750ml
3. 1 tin buah nanas gelang(asingkan air & buah
4. 1 tin susu cair
5. Gula - ikut kesukaan masing2
6. 4 sudu besar tepung kastard
7. beberapa biji ceri merah+hijau

Cara membuat:

1. Masak agar2 dan gula sehingga mendidih
2. masukkan air buah nanas tin
3. Bancuhkan tepung kastard dgn susu cair-tapiskan. Kmdn tuangkan dlm adunan agar-agar tadi.
4. Susun buah nanas ke dalam acuan.
5. Apabila agar2 masak, tuangkan kedalam.
6. Simpan dalam peti sejuk
7. Sedia di hidangkan.

Biskut Frambozen Kenari

BISKUT RAYA LAGI ... ^__^

Resepi Biskut Frambozen Kenari

Bahan-Bahannya :

500gm butter
700gm tepung gandum
110gm gula caster
Sedikit jem ( gunakan jem blackcurrant lagi sedap )

Bahan Taburan :

Badam hiris

Bahan Topping ( Dipukul Hingga Kembang ) :

120gm putih telur
240gm gula halus
2 sudu teh tepung jagung

Nota : Pantang larang topping; Jangan terkena sebarang minyak atau butter, nanti kuih bantut

Cara Membuatnya :

1.Gula caster dan tepung digaul rata.
2. Masukan butter dan uli hingga menjadi satu doh yang lembut.
3. Canaikan adunan dalam loyang 9 x 12 x 1.
4. Rata-ratakan dan dilubangkan dengan garpu.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C atau 170'C selama 10 - 12 minit atau hingga kekuningan.
6. Keluarkan dan sapu dengan jem dan kemudian topping, badam hiris dan bakar lagi selama 10 minit.
7. Biskut ini dipotong semasa panas.
SELAMAT MENCUBA....heheheheh..

Biskut Kacang Mazola


Biskut Kacang Mazola (geram Penyu Lawa kata melt in the mouth) tapi versi yg derhaka...instead of kacang tanah dikisar, saya menggunakan peanut butter kasar...jimat masa nak keluarkan blender dan mencucinya.....dah dasar vit 'm' kan nak wat camne...

Resipi Biskut Mazola kawan Baya Wanchik

2 cawan tepung
2 cawan kacang
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung Mazola
1/2 tsp baking powder
Gaul semua. Canai dan terap, or buat la ikut bentuk kita suka. Bakar about 10 minutes. Senang aje kan....

CHOC PUDING ALA TRIFLE

CHOC PUDING ALA TRIFLE

Bahan-bahan

~ Kek swiss roll (saya beli kek London swiss roll mana ada je)
~ 1 pek jeli kristal tanpa perisa (saya guna perisa raspberry sebab itu aje yang available kat rumah hehee... )
~ 1/2 cawan serbuk koko
~ 1 cawan gula (untuk kes saya, sila kurangkan gula sebab jeli kristal perisa raspberry dah cukup manis dah)
~ 1/2 cawan susu tepung (saya gantikan dengan hot choco 3-in-1 1 pek)
~ 1/2 sudu teh garam
~ 4 1/4 cawan air
~ 1/2 sudu esen vanilla (ni saya tak letak sebab takde)
~ 3 sudu besar butter


Cara

1 Masukkan segala bahan kecuali kek swiss roll dan butter ke dalam periuk.
2 Kacau selalu hingga mendidih.
3 Masukkan butter. Kacau lagi hingga pekat.
4 Susun kek swiss roll dalam bekas acuan.
5 Tuangkan choco pudding yang dah pekat/masak tadi ke dalam acuan.
Sejukkan.

WADAI KEPING

orang banjar lak..ni kuih 'WADAI KEPING"....sama je lebih kurang ngn butir nangka.....tepung pulut + air + sedikit garam....tepung di+ garam dan uli dgn air secukupnye hingga menjadi doh...kalau suka letak sikit air kapur sebelum proses uli....amik kecik2..bulatkan dan tekan ditengah2....rebus dahulu seperti buah melaka, dh timbul angkat..dan masukkan ke dalam bekas berisi sedikit air.

masak santan bersama gula putih dan gula merah..ikut kemanisan puan2 ye
masukkan juga daun pandan(jika ada)..secubit garam..nak pekat kuahnye..bancuh 1 sudu tepung gandum dgn sedikit air dan masukkan kedalam santan. masukkan wadai keping tadi ke dalam santan dan biar mendidh...biar sampai kuah pekat. angkat siap tuk dihidang.

Biskut Almond Beauty

Biskut Almond Beauty

Bahan A
200gm mentega
50gm Crisco/shortening
150gm gula kaster

Bahan B
40gm putih telur

Bahan C (diayak bersama)
270gm tepung gandum
70gm tepung self raising
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh emplek
10gm serbuk koko

Hiasan: Coklat masakan putih dan badam cincang (dipanggang) – QH guna coklat masakan kuning berperisa mango
Caranya
1.     Pukul bahan A sehingga ringgan dan kembang.
2.  Masukkan putih telur dan pukul sehingga sebati.
3.   Masukkan bahan C dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 2 jam atau lebih.
4.  Masukkan doh ke dalam piping bag dan picitkannya dengan mucung aising no 4FT bergerigi dan tekan diatas dulang pembakar.
5.   Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 min. Angkat dan sejukkan.
6.   Celupkan setengah biskut didalam coklat putih yang dicairkan dan celup dengan badam cincang. Biarkan coklat keras sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

gulai udang rempah diadun sendiri:

gulai udang rempah diadun sendiri:
Cilikering dlm 15,rempah biji 1 sudu besar,jintan manis 1/2 sudu besar,bawang kecil 5ulas,kunyit serbuk 1/2 sudu besar.semua ni di kisar halus.udang besar dlm 15 ekor,ubi kentang dlm 3 biji,cili hidup dibelah dua n tomato dibelah 4.
tumis bawang kecil n masukkan bhn yg diblend sampai pecah minyak n masukkan santan 1/2 kotak kecik n 1/2 cwn air n asam keping agak2,garam secukup rasa.hmmmm sedap.

Puding Roti Karemal

Puding Roti Karemal
bahan2nya;-
4 keping roti gardenia@roti2 lain pun xpa
3 biji telur
1 cawan susu pekat
2 cawan air suam
3 sudu gula(bt gula hangus)
1 sudu esen vanila

CARA2NYA;-
carik2kan roti..rendam dalam air suam td.
hanguskan gula dalam loyang..atas api sederhana.sejukkan
kisar roti bersama susu.
telur dipukul sebentar kemudian tapiskan.
masukkan dalam roti td.masukkan esen vanila..kisar lg sebentar.
panaskan kukusan.
masukkan bahan tadi ke dalam loyang yg berisi gula hangus td.
kukus hingga masak..anggaran 40 minit..cucuk dgn garfu utk pastikan puding dah benar2 masak..jika x melekat di garfu..

CUCUR UDANG

‎~CUCUR UDANG ~
Resepi>
4 cawan tepung gandum
1 camca besar yis segera mauripan (boleh juga guna soda bircabonate)
5 pokok kucai
1 pokok daun bawang
sedikit daun sup
100 g taugeh
sebatang lobak merah yg kecil dipotong memanjang
1 camca teh kunyit (guna pewarna kuning pun boleh)
3 1/2 cawan air
1 1/2 camca teh garam
15 ekor udang

SOS CILI

6 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
2 sudu besar cuka (boleh diganti dengan air asam jawa)
3 ulas bawang putih
garam secukup rasa
sedikit air.

Biskut Popia Nestum

No Buy Kandy
JOM KITA CUBA BISKUT RAYA YG MUDAH INI ... ^_~

Resepi Biskut Popia Nestum


Bahan-bahan:


1 bungkus besar popia
Lidi satay utk menggulung
Telur sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula - kisar halus
1 cawan nestum - kisar halus

Cara penyediaan:

1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay, , tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.

2. Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecilhingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.

4. Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dgn horlicks, gula dan nestum kisar.Gaul hingga rata. Simpan dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba.

KUIH GUNTING

~ kuih gunting ~

bhn2 nya

1 kg tpg gandum
1 senduk penuh margerin~ di panaskan dulu~ (di cairkan)
2 sudu mkn cili blend
1 sudu mkn jintan manis,jintan putih dan ketumbar~ di blend kering
5 sudu mkn udang kering+sebiji bwg besar dan seulas bwg putih~ di blend
2 biji telur
sedikit daun sup+daun bwg~ di racik halus2
sedikit garam+aji sikit
1 cwn air (ikut lembut tpg tk perlu habiskan)

cara2 nya

tepung di satukan dgn bahan2 blend,pastu masukkan telur,air garam,margerin yg telah di cairkan td dan air sehingga menjadi satu doh..kemudian di gunting dan di goreng

KUIH RANGIN Dangai

NO BUY KANDY >KUIH RANGIN Dangai

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
4 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula (resepi asal 3/4 cawan)
Sedikit garam (saya tambah item ini ke dalam resepi)

Cara penyediaan:
1.Campur kesemua bahan dan gaul rata.
2.Masuk ke dalam loyang yang digris sedikit dengan marjerin.
3.Bakar selama 30 minit atau sehingga garing menggunakan suhu 150 darjah Celcius.(saya guna suhu 175 darjah Celcius)

Nota:kalau suka boleh juga ditengahnya dilapiskan dengan gula merah.

SAMBAL TELUR DENGAN IKAN BILIS

SAMBAL TELUR DENGAN IKAN BILIS : Telur direbus terlebih dan bilis digoreng rangup, ketepikan.
Siapkan bahan2 utk dikisar iaitu 2 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, segenggam cili kering dan 1 inci belacan. Kisar kesemua ini hingga lumat. Minyak lebihan menggoreng bilis tadi boleh digunakan utk menumis bahan kisar ini. Campakkan 2 btang serai yg dititik. Goreng hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, gula dan garam (jgn banyak kerana bilis sudah sedia masin). Dah mendidih, masukkan telur rebus yg telah dikupas kulit dan juga bilis tadi. Kacau dan sebatikan.....tutup api

MEE GORENG BASAH




Assalamualaikum..ape kabar semua..byk buat biskut raya? setakat ni dh berapa jenis? Ni Mee Goreng Basah.lama dh buat ni....resepi akak main campak2 jer so dh lupa pulak
resepinya...

resepinya lebih kurang ginilah..
Bahan

 mee kuning
fishball
fishcake
udang segar
sawi
kobis
garam
gula sikit
minyak tuk menumis
telur
cili merah dihiris
tomato dihiris
ayam
daging
sos tomato
sos cili
kicap
lada sulah
limau nipis
timun

bhn kisar
cili kering+cili api
lada hitam 1 sudu kecik
bwg besar
bawang merah
bwg putih

cara
1. panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga sdkt garing..
2.masukkanudang,ayam,daging,fishball,fishcake..kacau rata.
3. masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, kicap kacau dan biarkan sehingga mendidih.
4. pecahkan telur biarkan sebentar kemudian dikacau rata.
5. Masukkan semua sayuran, cili merah dan tomato.. kacau rata..Masukkan garam( sikit sj sbb dah taruk kicap) dan gula..
6.akhir sekali masukkan mee (yg dah dibasuh dan disiram) td..
7. masak jgn lama sgt sbb takut nanti kering kuahnya..cukup mee dah sebati dengan rencah..bolehlah diangkat dan dihidangkan . letaklah asam limau, hirisan timun, hirisan cili dan tomato dan tabur lada sulah tuk lebih ummmphhh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...