Pages

Followers

Sunday, September 16, 2012

UPDATE

Salam semua

Akak dah update beberapa resepi dari Group akak iaitu Group Resepi Eksperimen... bolehlah cuba resepi-resepi yang baru...kalau nak join Group REks ni.. jomlah...http://www.facebook.com/groups/resepieksperimen/?notif_t=group_r2j

 Untuk lihat semua resepi yang baru bolehlah skrol di bawah ye! 

PINDANG SOTONG

PINDANG SOTONG : sotong dibersihkan dan dipotong (ikutsuka). Bawang merah dimayang, cili hidup dimayang, halia dimayang, serai diketuk. Campurkan kesemua ini kedalam periuk, masukkan air secukupnya. Masukkan beberapa asam keping, garam dan serbuk perasa. Taruk sedikit belacan jika suka. Renehkan, apabila menggelegak, masukkan kesemua sotong tadi. Kacau sehingga masak...
 
note: kalau akak buat tk taruk halia dan belacan......

Moroccan Meat balls(Kefta) with Cashew Almond Marinara


Moroccan Meat balls(Kefta) with Cashew Almond Marinara. Bebola Maghribi dengan sos tomato gajus & badam.Resepi baru. Bon Appetit.

Bahan2nya (Untuk Bebola Daging)
1 kg daging cincang (Daging kurang lemak)
3 pucuk daun ketumbar - dipotong halus
1 mangkuk daun pudina - dipotong halus (kalau daging kambing lebihkan daun pudina nya)
1 secubit serbuk buah pala (nutmeg)
1/2 sudu teh serbuk jintan halus
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada sula/hitam
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun
Gaulkan semua sebati dan buat bebola sebesar sudu besar atau ikut citarasa. Goreng bebola di kauli supaya garing diluarnya, toskan dan di tepikan,

Sos nya
140 gm tomato puree
2 biji buah tomato - di hiris2
1 biji bawang besar di potong dadu2 kecil
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 inch halia- ditumbuk halus
20 biji gajus - ditumbuk halus
20 biji badam - ditumbuk halus
3 akar ketumbar
3 sudu minyak zaitun/canola/sayur
Secubit serbuk paprika
Secubit serbuk buah pala (nutmeg)
Secubit rempah kulit buah pala - Mace
2 helai daun 'Bay' leaves
Garam dan gula secukup rasa

Cara2nya
Panaskan minyak di periok/claypot/tahjin, letakan bawang yang di potong dadu, bahan2 rempah kacang yang di tumbuk.Bila aroma nya bangkit masukan buah tomato hiris, tomato puree, serbuk2 rempah dan air stok daging/sayur/ayam. Bila kuah nya mendidih masuk bebola daging. Kecillan api dan tutup tudung periok, biar ia masak selama 15mins. Rasa sos daging nya, letakan daun pudina dan ketumbar. Sajikan panas2 bersama nasi putih, couscous atau roti naan.

Untuk menarikkan masakan ini, pecahkan berapa biji telur didalam sos nya semasa daging nya sedang masak. Selamat mencuba...Bon Appetit

Feather light cheesecake...


Feather light cheesecake...

http://mybakingworkshop.blogspot.com/2012/09/feather-light-cheesecake.html

Bahan2:
A
250g susu segar (saya guna full cream)
20g butter

B
125g cream cheese

C
50g tepung (saya guna superfine)

D
2 biji kuning telur gred A
1 sk esen vanila

E
3 biji putih telur
1/8 sk cream of tartar
80g gula kaster
Secubit garam

F
1 sk chocolate paste

Cara2 membuat kek :
1. Griskan loyang segiempat bersaiz 20cm & alaskan dasarnya guna kertas minyak.

2. Masak bahan A hingga mendidih (guna api perlahan).

3. Pukul bahan B hingga lembut.

4. Tuang bahan A tadi kedalam bahan B, gaul hingga sebati.

5. Kemudian, masukkan bahan C & gaul hingga sebati.

6. Guna teknik double boiler, masak adunan hingga pekat.

7. Alihkan dari double boiler & masukkan pula bahan D, gaul sebati.

8. Pukul bahan E hingga kembang & bertanduk.

9. Kaup balikkan bahan E yang telah dipukul kedalam adunan cheese tadi (langkah 7), gaul sebati.

10. Ambil lebih kurang 100g adunan & campurkan dengan bahan F, gaul rata.

11. Tuang adunan cheese dalam loyang & tuang pula campuran bahan F (cheese + coklat) atasnya, swirl kan untuk buat bentuk marble.

12. Bakar guna teknik water-bath pada suhu 160C selama 50 - 60 minit atau hingga kek masak (kalau guna loyang yang berpateri, balut loyang guna aluminium foil). Bila kek sudah masak, segera keluarkan dari acuan & sejukkan atas wire rack untuk mengelakkan kek mengecut.

Sambal mangga

Sambal mangga..senang dsediakan,sedap dan amat menyelerakan....
Kpd sesiapa yg ingin mcuba..ini dia bhn2 serta resepi ringkasnye ya...
Bhn2...Ikan kembong,mangga muda,cili padi,garam n gula...
Cara2...ikan dgoreng @dbakar dan dbuang tulang,mangga muda dbuang kulit dan dsagat,mula2 tumbuk cili padi bsama ikan,masukan sdkit garam n gula,akhir skali masukan mangga,dtumbuk ckit2 je..gaul sebati...dah siapppp...slmt mcuba.. :))
 

Cornflakes chocolate chip...


Cornflakes chocolate chip...

http://mybakingworkshop.blogspot.com/2012/07/cornflakes-chocolate-chip-cookies.html

Bahan2:
A
250g butter
150g gula kaster
2 biji kuning telur
1/2 sk esen vanila
B
180g tepung gandum, diayak
200g tepung jagung, diayak
1/2 sk baking powder, diayak
100g cornflakes, diramas kasar
C
Chocolate chip untuk hiasan

Cara2:
1. Pukul bahan2 A hingga kembang.

2. Masukkan bahan2 B sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.

3. Bentukkan bulat & susun atas dulang pembakar, tekan sedikit atasnya guna garfu.

4. Hiaskan dengan sedikit chocolate chip.

5. Bakar pada suhu 160C selama 10 minit.

6. Sejukkan sepenuhnya baru disimpan dalam bekas kedap udara

SAMBAL BELIMBING HITAM PAHANG

Ihsan Zamira SAMBAL BELIMBING HITAM PAHANG (Resepi dari Riena Ena) - Ihsan Zamira

Bahan
1/2 cwn belimbing buluh
1/2 cwn cili padi
2 cwn ikan bilis
6 ulas bwg merah (3 tumbuk, 3 hiris)
5 sudu besar kicap manis/seckup rasa
Garam , gula
1 cwn minyak masak

Cara
1)cuci bersih2 belimbing tue.masuk dlm periuk tanpa air.

2)reneh guna api kecil.biar jus belimbing kuar & blimbing kecut.

3)1-2 minit kacau sikit2 supaya periuk tak hangit (biasa guna periuk lama yg da x nak dguna)

4)biar blmbing kecut & jus btul2 kering dgn api kecil..hingga belimbing bertukar menjadi gelap

a) Tumbuk cili padi hingga lumat.masuk 3 ulas bwg merah.Tumbuk hingga lumat jugak.

b) Tumbuk ikn bilis.tp jgn lumat sgt

c)tumbuk belimbing separa lumat

d)Panaskan minyak dlmm kuali... tumis hirisan bawang hingga wangi

e)masuk bahan2 tumbuk.tumis hingga nampak kering & garing.

f)tambah garam,gula,kicap secukup rasa.

g)Biar kering ala2 serunding.

h) angkat & toskan minyaknya. SIAP.

Apam Tepung Beras


Apam Tepung Beras

Bahan-bahan

* 2 cwn nasi
* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn brown sugar
* 3/4 cwn gula
* 2 1/2 cwn air
* 1 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Bahagikan kepada warna yg disukai.
5. perap selama 3 jam. (saya perap 1 jam jer)
6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..sapu minyak sikit kat acuan supaya sng nak kuarkan apam.
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Kek Lapis Asam Manis


Kek Lapis Asam Manis
resepi asal:
DayangJack@DapurKuSayang

bahan-bahan : loyang 8" x 8"
10 biji telur A
200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
450 g mentega(saya guna butter anchor)
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
150 g gula kastor(saya guna gula pasir yg dikisar halus)
300 g susu pekat manis
hawflake secukupnya
pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya.
cara-cara :
Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang.
Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum.
(saya guna superfine)
Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).(saya letak 5 sudu mkn penuh)
Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja.

terima kasih DayangJack kerana sudi berkongsi kek lapis yg sedap n moist nie....
kek dayang telah saya ubah suai mengikut citarasa saya
####versi saya####
adunn saya bahagi 3..
1.lapisan bwh sya taburkn dgn parutan keju cheddar.(saya guna 1/2 ketul-diparut)
2.lapisan tgh campor pwarna oren dan saya susunkn dgn asam manis.
3.lspisan atas saya camporkn pwarna purple & perasa blueberry. setiap lapisan lorekn dgn filling blueberry.

jadilah kek lapis trio
cheese/asam manis/blueberry

IKAN MASIN GORENG CILI KERING

Lauk yg mudah disediakan dan cukup membuka selera IKAN MASIN GORENG CILI KERING : Apa2 ikan masin pun boleh. Ikan dipotong dan dibersihkan. Toskan, sementara itu sediakan cili kering digunting halus (lebihkan jika suka pedas), rendam seketika dan toskan. Bawang besar dimayang kasar. Cara2 : gorengkan ikan masin tadi dan teruskan masuk cili kering, goreng hingga garing, last baru masukkan bawang besar...

Jemput2 pisang chocolate chip...

Jemput2 pisang chocolate chip...

http://mybakingworkshop.blogspot.com/2012/09/jemput2-pisang-chocolate-chip.html

Bahan2:
10 - 12 biji pisang masak (jenis pisang ikut suka)
200g tepung naik sendiri
200g tepung gandum
1 sb tepung susu
1 sb gula kaster
1 sk esen vanila
1 sb chocolate chips
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara2 membuat:

1. Letak pisang dalam bekas yang sesuai.

2. Lecekkan pisang hingga betul2 hancur.

3. Masukkan gula & esen vanila, gaul rata.

4. Kemudian, masukkan tepung gandum & susu tepung.

5. Gaul adunan hingga sebati.

6. Kemudian, masukkan chocolate chip.

7. Gaul lagi adunan ( jika adunan keras, masukkan sedikit air, jika perlu sahaja).

8. Panaskan minyak dalam kuali, goreng hingga keperang-perangan. Toskan minyak, angkat & hidangkan panas2.
 

Kek Pelangi

‎~~ Kek Pelangi guna marjerin cap pelangi sedap jugakkk~~
Bahan2nya
250gm marjerin pelangi
260gm gula icing
280gm tepung kek
1 sudu mkn baking powder
1 sudu mkn esen vanila
6 biji telur
sedikit pewarna merah,hijau@ ikut suke masing2

Cara2nya

1-putar margerin dgn gula spai kembang
2-masukkan telur berserta esen vanila,putar lagi
3-masukkan tpg kek berserta baking powder,putar sehingga adunan tpg sebati
4-boleh lah adunan tu di bahagikan warna,ikut suke masing2
5-mulakan melapis sehingga adunan td habis
6-panaskan oven,bakar 40 minit hingga masak dgn kepanasan 180c
* biasanya sy guna marjerin daisy tp yg nie cuba marjerin pelangi nie lah hasilnya,enakkk!!! jugak.*
 

tutti fruitti delite...

Dalilah Abdul Jamil sy pnye resepi sndri yg sy panggil tutti fruitti delite...
 
1 tin laici - guna air skli
1 tin fruit cocktail - air di buang
1 lite (1 box) whip cream
masuk kesemua dlm bekas dan gaul...insyaALLAH sedap (kalo ade peti sejuk di pejabat lg elok, boleh chill kan dulu, ia akan jd pekat sikit mcm ice cream...tak mau pakai cream boleh pakai ice cream, pukul ice cream biar dia jd lembut, tp jgn cair....cbe lah)

Nasi minyak warna-warni

Nasi minyak warna-warni
http://dapur-mamasya.blogspot.com/2012/09/lagi-xtvt-masak2-ramadan-lalu-nasi.html
Resepi; Fp kak Hanieliza Kamarudin...tkasih k.Liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi [basuh dan toskan]
1 liter air
100 ml susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
60 gm minyak sapi
60 gm majerin
80 gm kismis

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
2 cm halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]
Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.

Potukal Bingka Nyonya

Potukal Bingka Nyonya (Resepi masa kelas demo bersama Chef Ismail & Chef Florance)

Ubi kayu (diparut ) - 1.2 kg
Jus pandan pekat - 125 ml
Tepung ubi kayu - 60gm
Potukal Bingka Nyonya (Resepi masa kelas demo bersama Chef Ismail & Chef Florance)

Ubi kayu (diparut )  - 1.2 kg
Jus pandan pekat   - 125 ml
Tepung ubi kayu    - 60gm
Gula                     - 330 gm
Garam                  - 1/2 sdt
Anchor Extra Yield Cooking Cream - 500ml
Pewarna hijau    beberapa titis 

Topping
Pisang emas / berangan - 10 biji di potong serong
Kelapa parut + sedikit garam

Cara2
1. Perahkan ubi kayu yg diparut sehingga kering. Ketepikan jus selama 10 minit utk dapatkan mendapan ubi kayu. Buangkan air dibahagian atas dan ambik mendapan 
2. Campurkan bahan seelum dgn  mendapan ubi kayu
3. Tuang dlm acuan dan susunkan pisang.
4. Kukus selama 45-50 atau sehingga masak.
5. Biar sejuk dan potong serta salut denga nkelapa parut tadi..... taraaaaaaa....... selamat mencuba. Gula - 330 gm
Garam - 1/2 sdt
Anchor Extra Yield Cooking Cream - 500ml
Pewarna hijau beberapa titis

Topping
Pisang emas / berangan - 10 biji di potong serong
Kelapa parut + sedikit garam

Cara2
1. Perahkan ubi kayu yg diparut sehingga kering. Ketepikan jus selama 10 minit utk dapatkan mendapan ubi kayu. Buangkan air dibahagian atas dan ambik mendapan
2. Campurkan bahan seelum dgn mendapan ubi kayu
3. Tuang dlm acuan dan susunkan pisang.
4. Kukus selama 45-50 atau sehingga masak.
5. Biar sejuk dan potong serta salut denga nkelapa parut tadi..... taraaaaaaa....... selamat mencuba.

Pizza

Pizza~ Rogayah Ibrahim

250 gm tepung roti
140ml air suam
1 1/2 sk mauripan
1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
oregano


1.Masukkan semua bahan dan kalau guna BM tekan butang menu Dough dan tunggu siap dan boleh ke langkah nombor 4.
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan uli  hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit.Keluarkan dan uli seketika.
3Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 40 minit.  Apa bila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin,
4.Jadikan adunan kepada dua bahagian yang lebih kecil. Canailah adunan tersebut dan diletakan dalam dulang pizza atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin.  Biarkan seketika selama 40 minit.
5. Sebelum disapu topping cucuk-cucuk dahulu permukaan pizza dengan garfu bagi mengelak pizza ketika bakar mengelembung.
6. Bakar pizza yang telah siap topping selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C.

Bahan untuk topping
Ketulan kecil isi ayam
Udang segar(dibuang kulit dan dipotong kecil)
2 ulas bawang putih
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh oregano
Sedikit garam
Tumis sedikit minyak dan masukkanlah bawang putih(dihiris nipis) biarkan sedikit garing kemudian masukkan ayam dan udang diikuti sos cili, origano dan seterusnya garam. Pastikan tidak berair.


Lain-lain bahan

6 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu teh oregano
Selabu bawang besar(dipotong dadu)
Potongan nanas dalam tin (dibelah kecil)
Lada benggala(dipotong dadu - besar)
4 batang sosej(direbus dan dipotong nipis-nipis)
120 gm mozarella(diparut)


Cara nak topping


1.Sapu campuran sos cili, tomato dan oregano pada permukaan pizza (nak topping sebelum bakar
pizza atau nak bakar dulu kulit pizza baru nak topping dan bakar sekali lagi - ikut suka hati)
2 kemudian tabur bahan tumis tadi(ayam dan kawan-kawannya)
3. Tabur sosej , diikuti bawang, nanas, dan akhir sekali mozarella parut.

ASAM TUMIS NENAS

ASAM TUMIS NENAS : 
 
Nenas dipotong jadikan kepingan begitu juga ikan tenggiri (ikan lain pun boleh). Beberapa batang cili hidup, sedikit cili kering, sedikit halia, bawang merah, bawang putih dikisar halus bersama sedikit belacan. 2 btang serai dititik dan daun kesom. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan msukkan serai yg dititik. Masukkan air secukupnya, terus masukkan nenas. Biar seketika baru masukkan ikan dan garam. Apabila mendidih baru masukkan daun kesom, kacau dan tutup api....hidang (kalau nak lebih masam tambahkan sedikit asam jawa)

Roti kacang Merah

 Roti kacang Merah~ Rogayah Ibrahim

http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/05/roti-kacang-merah.html

Bahan2
500gm tepung roti(high protein)
3 sudu besar shorterning(lemak sayur)
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil mauripan
200ml air suam (kalu uli tangan 220ml)
4 sudu besar water roux(cara buat ada di bawah)
1 sudu kecil vanilla
sebiji telur(dipukul dgn garfu dan guna sebahagian saja dalam adunan)
water roux(amat penting untuk menggebukan roti dan pau)
50gm tepung gandum
250ml air
masak keduanya hingga pekat dan sedikit mendidih dan sejukkan dan adunan ini dapat 8 sudu besar water roux.
Inti kacang merah yang readymade jual kat kedai.



caranya
1.kalau guna bread maker masukkan semua bahan kecuali inti kacang merah. dan tekan on sahaja sehingga siap dan boleh ke no 4.
2. uli tangan...campurkan semua bahan tad kecuali inti kacang merah dan uli hingga tidak melekat ditangan(tangan masih comot pun tak apa) selepas itumasukkan doh kedalam plastik. Ramas atau golek-golekkan plastik tersebut ditempat yang rata dan buatlah dalam masa 6-8minit(sambil nonton pun tak pa).Keluarkan dan kita nampak menjadi adunan yang elastik.Ulilah semula ambil masa seminit dua.
3.masukkan dalam bekas bertutup dan simpan tempat kena cahaya selama 1 jam atau naik 2 kali ganda.selepas itu keluarkan dan ditumbuk-tumbuk.
4.Bahagi doh kepada bulatan kecil  dan dimasukkan inti tadi dan boleh dipelbagaikan nak letak dalam bekas cup kek atau letakkan dalam bekas berpetak atau bulat(tapi kena alas dengan beking paper)kalu dalam bekas adunan pastikan jangan terlalu rapat)biarkan selama 40minit hingga 1 jam.selepas itu ambil sebahagian telur tadi dicampur susu cair/segar/tepung yang dicampur sedikit iair glisskan atas roti tadi.Taburlah dengan bijan d. Bakar selama 20 minit suhu 180 - 200c.

Ayam bakar blackpepper

Ayam bakar blackpepper
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
1 ekor ayam - potong 4/ 4 chicken leg- ayam jgn potong kecil
5 ulas bawang putih- tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk
1 sb sos lada hitam
1 sb sos tiram
1 1/2 sb madu
1 sb gula
1 1/2 sb garam atau secukup rasa
butter / minyak zaiton

Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk dlm satu bekas, kacau rata.
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 2 jam.
3.Bakar ayam selama 1-1 jam 20 min atau hingga masak dlm oven 200'C api atas bawah (bergantung kpd oven masing2). Bila ayam separuh masak, sapu dg butter/minyak zaitun
4.Balikkan ayam semasa membakar

Tip masak ayam bakar dari Dapurmamasya ;
1. Jgn potong ayam kecil2 sbb ayam nanti agak kering dan tak lembut, seeloknya seekor ayam potong empat atau guna chicken leg.Nak hidang barulah dipotong
2. Utk bagi ayam kilat elok, sapukan butter atau minyak zaiton semasa membakar
3. Perap ayam sekurang2nya 1-2 jam atau nak lagi sedap 1 mlm.
4.Sekiranya rempah perapan ayam ada lebih....sapukan kpd ayam semasa membakar.
5.Kalau bgh isi ayam dah tertanggal dr kulit itu maknanya ayam dah sgt masak...seelok2nya jgn sampai isi ayam tertanggal dr tulang.
6. Bila ayam dah masak, keluarkan segera dari oven utk mengelakkan ayam kering

petua masak nasi lemak yang simple

Assalam semua, nak bagi petua masak nasi lemak yang simple dan mudah..dapat dari seorang kakak peniaga nasi lemak di tempat saya...: Sediakan santan mengikut sukatan yg dikehendaki..saya sukat 3 cawan utk 3 cawan beras, daun pandan dan garam kasar. Panaskan santan bersama daun pandan yg disimpul dan perasakan santan dgn garam kasar. Biar sehingga santan mendidih, kacau selalu supaya santan tidak bakir...selepas itu masukkan beras dan biar hingga masak...Menurut beliau petua ini diperolehi dari org tua2 dulu...rasa dan bau nasi lemak ni mmg original pandan dan santan....selamat mencuba..saya dah cuba, mmg sedap..tak perlu lagi letak halia atau serai atau lada hitam atau bawang....:-)

AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE


AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE dan sedikit tips untuk hasilkan dua lapisan.

http://ovenkecil.blogspot.com/2012/09/agar-agar-santan-sirap-rose.html

Bahan-bahan :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
250 ml santan pekat (1 cawan) - Naz guna santan kotak jer
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
Secubit garam
1-2 sudu besar sirap rose ATAU beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...


TIPS DAN NOTA NAZ:
Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.

MASAK LEMAK BUNGA TURI

‎15/9/2012 - Hidangan Mak Siti ... MASAK LEMAK BUNGA TURI, KUPANG MASAK TUMIS DAN TEMPEH GORENG serta Sambal Belacan(tiada dlm gambar)

MASAK LEMAK BUNGA TURI

Bahan
Bunga Turi
*Bwg besar
*ikan bilis
santan
garam

* bahan2 ini di kisar



KUPANG MASAK TUMIS

kupang segar
bawang besar hiris
bawang putih hiris
halia hiris
serai titek dan hiris
cili merah hiris
garam
minyak utk menumis

Tumis semua bahan hirisan. Bila dah layu masukkan kupang. Gaul rata dan masukkan garam. Tutupkuali dan biarkan hingga kupang masak. Siap

RENDANG DAGING RAYA

RENDANG DAGING RAYA : 3 kilo daging lembu. Dipotong, bersih dan toskan. 2 genggam cili kering, 10 batang serai, 1 kg bawang merah (separuh dimayang), 10 ulas bawang putih, sedikit cili api jika suka pedas, 2 inci halia, 2 inci lengkuas - blend kesemua bahan2 ini kecuali bawang mayang. 2 biji kelapa parut ambil santannya. Cara2 : daging dan santan dimsukkan kedalam kuali bersama2 bahan kisar tadi, masukkan juga bawang yg dimayang. Letak atas dapur dan kacau sentiasa. Sementara itu boleh masukkan beberapa helai daun limau purut atau daun lengkuas jika suka. Masukkan garam secukup rasa. Bila hampir kering, masukkan 2 sudu makan kerisik...kacau sehingga terbit minyak dan hampir kering, tutup api....
 

CAWANMOSHI?????

siapa suka makan telur separuh masak mesti cuba yang ini...: Resipi mudah: sapu acuan remekin dgn butter, pecahkan sebiji telur, letak 2 sudu fresh cream, sedikit garam dan pepper, bakar dalam oven selama 5-6 minit...Tadaaa...siap...:-))
 

KEK DURIAN (DURIAN CREAM LAYER CAKE)

KEK DURIAN (DURIAN CREAM LAYER CAKE)
http://ovenkecil.blogspot.com/2012/09/kek-durian-durian-cream-layer-cake.html

Kek Span Vanilla
Bahan-bahan:
150 gm tepung superfine (Naz guna tepung gandum)
150 gm gula kastor
5 biji telur A
1 sudu besar ovalette
80 ml jus oren (Naz ikut kak Ina ganti susu segar)
80 ml minyak / mentega cair
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna kuning - optional

Cara-cara:
Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun).
Perlahankan kelajuan dan masukkan jus dan sedikit pewarna kuning. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama seminit atau sehingga aduan kek benar-benar ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
Sediakan tin pembakar bulat atau segi empat berukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
Bila sejuk boleh hias ikut suka.

Resipi durian cream filling
Bahan-bahan:
250 gm whipped/fresh cream
200 gm isi durian (Naz guna 300 gm isi durian)
1/2 tsp gelatin (Naz guna 1 tsp halal gelatin)
2 tbsp air
2 tbsp gula kastor (ni Naz tambah sendiri-adjustlah kalau durian dah cukup manis tak perlu)

Cara-cara:
Pukul whipping cream sampai bertanduk.
Kemudian campurkan isi durian yang telah dilenyek.
Gelatin dicampur air dan dipanaskan dlm microwave sebentar. Kacau hingga larut. (Naz campurkan gelatan dengan air panas dan kacau hingga larut. Gula pun Naz masukkan dan larutkan bersama).
Akhir sekali campurkan larutan gelatin tadi ke dlm krim durian. Kacau rata dan ketepikan.

Untuk hiasan
300 gm whipped/fresh cream- dipukul kental

Cara menyusun kek:
Kek span dipotong 3 lapis kemudian lapiskan dgn durian filling di setiap lapisan kek.
Sapu whipped/fresh cream yg telah dipukul kental di keseluruhan kek tadi dan hias ikut suka.
Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang sejam sebelum di hidang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...