Pages

Followers

Wednesday, November 25, 2015

KEK COKLAT VERSI KAK JIE JIE

Bahan
250gm butter
4 biji telur
2 cawan gula aising
1 sudu besar ovelett
2 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk koko
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar baking powder
1 cawan bancuhan susu pekat ( ½ cawan susu pekat, ½ cawan air kopi)


Toping
Coklat masakan hitam~double boil
Buah strawberry

Cara:
1. Pukul butter,ovelett dan gula aising hinggá kembang dan putih
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul
3. Masukkan esen vanila,garam dan pukul
4. Masukkan air bancuhan susu dan kopi sedikit demi sedikit, pukul
5. Masukkan kedua-dua tepung bersama baking powder yang telah
diayak bersama sedikit demi sedikit. Kaub balikkan hingga sebati.
6. Masukkan ke dalam acuan bulat yang telah disapu dengan mentega. Bakar.



KEK LAPIS KELADI

Kek Lapis Keladi

Bahan-bahan untuk kek

500gm spongemix
8 biji telur gred B
100 gm air
100 gm mentega/ majerin - dicairkan
Hiasan - kelapa parut kering


Cara-cara

1. Tepung, telur, air dipukul hingga sebati dan pekat dengan kelajuan yang tinggi.
2. Masukkan mentega cair tadi. kacau dengan senduk sekejap sahaja.
3. kaut balik adunan dan tuangkan kedalam tin pembakar yg sudah dialas kertas.
4. Bakar selama 50 -60 minit dgn ketuhar suhu 220 c - ni bergantung pd oven memasing ok.
5. Masak, kek disejukkan dan potong kek beberapa lapis yg di sukai- biase kakak kita buat 3 lapis jer.


tips utk ptg kek:

Sebelum potong kek masukkan kek yang telah sejuk kedalam peti sejuk selama 3 @ 4 jam ini akan menyenangkan kerja-kerja memotong kek.

Bahan-bahan untuk kastad


1/2 kg keladi di kupas dan direbus (potong kecik2)
4-5 cawan @ 800gm santan
40gm tpg gandum
40 gm tpg jagung
1 cawan gula
2 helai daun pandan
4 biji kuning telur
sedikit garam dan pewarna ungu

Cara-cara

1. Keladi diblender bersama santan, kuning telur, tpg gandum dan tpg jagung.
2. Masukkan bahan-bahan tersebut kedalam periuk. campurkan garam, gula, pewarna & daun pandan.
3. Kacau atas api yang sederhana sehingga pekat dan sebati.
kemudian sejukkan sekejap kastard td. masa suam2 kuku tu boleh la dilayer keatas kek.mcm layer kek biasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...